Salam sejahtera dan semoga semuanya sihat serta berbahagia di samping orang2 yang dikasihi. Setiap hari bila ada kesempatan CN akan luangkan sedikit masa membaca akhbar online yang diminati ramai. Akhbar lagi kan kalau bukan Harian Metro.
CN tertarik dengan satu topik ni. Rasa memang isu PANAS jugak lah..Mana tidaknya pada 29 0ktober, belum pun sampai 1minggu dah timbul isu baru pasal pensyarah IPTA ni. CN baca pun geram jugak kat lecturer yang sepatutnya memberi ilmu dan menjadi perlindung kepada pelajar2 tapi ambil kesempatan diatas student tersebut. Paling teruk lecturer terbabit layak digelar ‘ayah’ atau ‘datuk’ tapi berlagak seperti anak muda yang terlebih sosial.
Selayaknya orang macam ni digelar PENSYARAH HATI SYAITAN seperti tajuk utama Hmetro semalam (03/11/2011).
Isu ini baru jer menjadi kecoh dan tersebar di media dengan meluasnya tika ini. Tapi CN sebenarnya tidak ralat dengan isu ini sebab masa CN study dulu lagi teruk. Gadis itu sendiri yang senang2 kasi mahkotanya kepada lecturer bagi mendapat pointer tinggi. Ada yang sanggup pergi ke rumah lecturer dan tidur disana apabila isteri dan anak2 lecturer tersebut tiada. So siapa yang salah dalam kes ini?? Tepuk dada tanya selera. Sendiri mahu fikir la...hehehehe..
Kalau kita fikir balik kan...Buat apa perhabis duit mak bapak dan susah2 buat loan PTPTN kalau ambil jalan mudah camtu kan. Lecturer memanglah seronok dan tak rugi paper pun free jer kan kan..
CN nak pesan la sikit kat adik2 semua yer kalau rasa nak senang sangat dapat pointer janganlah ambil jalan mudah camtu. Banyak lagi caranya.. Apa guna kita masuk IPTA atau IPTS kalau tak mahu usaha sendiri.
Sama2 kita renungkan yer dan kepada gadis2 berhati-hati dengan lecturer terutama kalau memang terpancar “kegatalan” diwajahnya. Jangan mudah terpedaya walaupun diumpan macam2 dan diugut failed kan paper.
Untuk lecturer IPTA & IPTS pula ingatlah peranan, tanggungjawab dan amanah anda sebagai pendidik. Jangan kerana nafsu semata-mata sanggup musnahkan masa depan anak2 gadis yang tidak berdosa.
CN harap tak ada lagi isu ni lepas ni...Harap2 la kan...
Sekian dulu bebelan daripada CN yer....Jumpa di lain post yer... J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan