Ahad, 13 November 2011

SOLAT TAK KUSYUK GARA-GARA ORANG LAIN

Bismillahirrahmanirrahim...Salam semua pembaca dan semoga ceria hari ini. Cik Nor nak berkongsi mengenai amalan kita seharian yang sering berlaku kepada diri kita atau orang lain. Secara sedar ataupun tidak sedar. Kadang-kadang kita sendiri melakukannya dan tanpa kita sedar ia memberi impak kepada orang sekeliling kita.


Semua orang tahu SOLAT merupakan tiang agama dan juga rukun Islam yang kedua. Tidak kira dimana jua kita berada kita diwajibkan menunaikan solat melainkan ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan kita tidak boleh melaksanakannya. Persoalannya solat kita itu betul-betul "KHUSYUK" atau tidak??? Jika hati kita ikhlas kepada Allah insyaallah solat kita akan lebih khusyuk.



Cik Nor nak kongsikan beberapa perkara yang boleh membuatkan kita tidak khusyuk disebabkan oleh orang lain terutama ketika solat di surau atau masjid. 


1)  TELEFON BIMBIT ORANG SEBELAH BERBUNYI

Rasanya rata-rata masjid atau surau jelas terpampang poster "Matikan Telefon Anda" atau yang terkini   "Tiada Panggilan Sepenting Seruan Ilahi" seperti gambar kat atas tu. Telefon sekarang tak macam dulu bunyi nada ringtone pun macam orang kentut jer..(perumpamaan je..hehehe). Telefon sekarang  canggih macam-macam lagu MP3 dan macam-macam lagu lah ada dalam telefon bimbit kan.


Bayangkan tengah korang kusyuk solat dengar tok imam mengalunkan bacaan Al-Quran tiba-tiba "...tik..tik...aku memang pencinta wanita..bla..bla.."(kuat pulak tu bunyi). Sampai tok imam pun berhenti seketika dek terkejut tetapi bacaan tetap diteruskan. Masa ini lah hati kita yang tak kuat ni mula lah merasa grrrr...grrrr..grrrr!!!! "Sape punye hanset lah tu. Dah tahu nak solat off lah tak pun silent. Tak khusyuk solat aku ni. Bengang betul la.." Kalau tok imam tu boleh terhenti bacaan apatah lagi kita makmum yang tak seberapa ilmu ni kan. 
Beringatlah sebelum kita nak solat tu OFF atau SILENT telefon bimbit tu dulu. Bukannya lama pun kan sekadar 6 minit hingga 10 minit sahaja. Kalau korang ON pun bukannya korang boleh jawab panggilan atau mesej yang masukkan malah mengganggu orang lain je nak solat. 


2)  TIDUR DALAM MASJID ATAU SURAU     
Rumah Allah tempat untuk kita beribadat bukan tempat untuk kita dibuai mimpi sewenang-wenangnya. Tak perlu kita menunding jari kat sesiapa sebab kita sendiri pernah melakukannya kerana kepenatan. Bukannya salah kita tidur dalam masjid atau surau ni tetapi janganlah sampai terlena dan tidur ditengah-tengah masjid.


Kalau setakat baring hilangkan penat boleh lah tetapi tengok pada keadaan sekeliling jugak. Jangan sampai menghalang orang lain pula hendak solat. Satu lagi dah tahu kita jenis suka berdengkur jadi janganlah memanjakan diri kita tidur di tempat awam terutama tempat ibadat. Bukan jer malu kat orang tapi boleh buat orang tengah solat hilang tumpuan dan tak kusyuk.  


2)  BERBUAL DAN KETAWA KUAT    
Ingatkan budak-budak sahaja yang suka buat bising tetapi orang dewasa macam kita ni pun apa kurang hebatnya. Malah lebih teruk dari kanak-kanak pun ada. Iyelah kita ni dah boleh fikir mana baik burukkan, kanak-kanak memang tugas dorang tahu main dan enjoy je.


Sebelum kita masuk ke rumah Allah cuba fikir balik apa tujuan kita sebenarnya nak masuk ke rumah Allah? Nak berbual? Nak main? Nak ketawa? Nak tidur? Atau saje suka-suka.


Inilah masalahnya terutama bagi kaum perempuan yang memang tersedia maklum banyak sangat gosipnya kan. Nak sembang pun berpada-pada lah jangan sampai suara tu kuat mengalahkan tok imam pula. Kita mungkin tak sedar atau terleka bila kita bersembang bagai nak rak tu diselang seli pula dengan ketawa mengilai sedangkan ada orang lain sedang solat mungkin akan buat dia terganggu. Yela mana tidaknya tengah baca tahiyyat tiba-tiba terdengar suara orang mengilai. Kecut perut orang tu ingatkan langsuir mana la dalam masjid. Bila dah kecut perut tu mesti hati dia tak tenang dah kan.  


Sebenarnya banyak lagi gangguan-gangguan untuk khusyuk solat ni. Namun yang diatas ni memang sering berlaku dalam masyarakat kita sehingga hari ini. Kita beringatlah dan pesan sesama sendiri jangan disebabkan perbuatan kita orang lain sakit hati dengan kita. Free je kita kumpul dosa....Tak pasal-pasal kan...


Sekian dan renung-renungkanlah bersama.


p/s : share untuk renungan bersama
sumber asal :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan