Isnin, 30 April 2012

MELABUR UWANG KERANA "KAMU"


Dengan lafaz yang mulia bismillahirrahmanirrahim Nor akan mulakan setiap entry dengan lafaz yang amat mulia ini. Nampak mudah untuk menyebut tapi fadhilat bismillah amatlah besar. Mudah-mudahan mendapat barakah dariNya.

Last entry Nor dalam 2 weeks ago. Emm tak sempat nak mengadap laptop ni sebab terlalu banyak komitmen. Banyak kerja yang nak diuruskan tapi tak bermakna blog ni ditinggalkan. Sekarang ni kerja still banyak tapi terasa kangan bangat dengan blog ni. Nak bermesra-mesra la dengan blog ni hari ni. Hehehe...


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Ops mukadimah meleret pulak. Berbalik pada tajuk entry kali ni "MELABUR UWANG KERANA "KAMU"". Dipendekkan cerita dua hari lepas hari Sabtu, macam biasalah Nor keluar mencari barang untuk jualan kedai. Hari tu hati punyalah tenang dan damai. So tak adalah berprasangka apa-apa yang tak elok hari tu.

Selepas lampu isyarat hijau Nor terus belok kanan nak masuk lorong celah bangunan. Short cut la nak elak jem lampu isyarat. Sememangnya itu laluan WAJIB bila dari bandar. Tengah drive sambil syok makan roti, masuk je celah lorong tiba-tiba...Sorang berbaju putih yang segak bergaya sedang berpeluk tubuh kat dinding bangunan suruh stop. 

Adoi terkono den kali ni. Tapi hati still mantain jer lansung tak ada sebarang getaran yang buat gugup. Relaks jer.. Hehehe.... Dengan muka serius dan control macho datang sebelah Nor. "Mintak ic dan lesen Cik." Lama pulak dia duk tulis. Nor still relaks jer macam tak ada apa-apa. "Cik tahu apa kesalahan Cik?".
Apa yang tak tahunya. Tak pakai SEAT BELT. Melayang la uwang RM300.00.. Nak marah abang berbaju putih tu tak boleh jugak dah memang terang lagi jelas kita yang salah kan. Esoknya terus pergi balai trafik cawangan Kuala Terengganu. Fisrt time jejak kaki balai ni.

Terus je pergi kauter saman bodek punya bodek dapatlah rayuan dan kena RM150.00. Half jer dia kasi. Mintak bodek kasi RM100.00 terus dia halau balik. hahaha... Apa lagi MELABUR UWANG KERANA "KAMU". Ting tong sekejap tapi nak buat macam mana kan baik bayar jer dari kena lebih teruk. 
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Nor perasanlah hari tu memang bersepah abang-abang dan pakcik-pakcik berbaju putih dicelah-celah lorong bangunan ni sekitar bandar Kuala Terengganu. Ada jugak yang duk tegap kat tiang lampu. Dari jauh dah nampak sama jer dengan tiang lampu tu. Hahaha.. Ni gara-gara BERSIH la tu ramai benor kena bersih hari tu termasuk diriku ini. Kecian betol kan.

Tapi kan Nor duk terfikir apa dorang buat dengan duit kita bayar saman tu yer??? Ada yang boleh menjawab ke???

Lepas kena saman masuk kereta terus tarik seat belt. Supaya duit selamat dan tak mahu "berkenalan" lagi dengan geng-geng baju putih ni. Amin...


Isnin, 16 April 2012

APA SARAPAN PAGI KORANG???


Hai pakcik, makcik, nenek, atuk, abang, kakak dan adik. Sihat hari ni? APA SARAPAN PAGI KORANG??? Nasi lemak? Emm sedapnya tambah kalau yang bungkus dalam daun pisang. Fuhhh lazat sehingga menjilat jari. Ha tu adik tengah makan apa tu sampai mulut abis comot. Anak zaman sekarang makan koko crunch. Makan apa-apa pun janji berkhasiat ok.

Nor punya menu hari ni memang pelik sebab sepanjang hidup ni tak pernah la Nor makan menu ni. Hari ini entah kemaruk apa sampai sanggup makan. Ish Nor..Nor.. Hahaha apa-apa pun dah sampai perut.. Erkkk (sendawa).. Alhadulillah.. Buruk benor bunyinya.. Hahaha...

Korang nak tahu menu apa?? 

Jeng..Jeng..Jeng... Ini dia...


MAGGI HOT CUP PERISA SAYURAN.



Dah siap rendam air panas. Nampak menyelerakan kan kan... Inilah first time Nor ngup maggi perisa sayuran ni. Sedap ke? Emm ragu-ragu jugak nak makan ni.



Bismillahirrahmanirrahim... Surppp... Emm mak oi lazat jugak megi ni. Rasa lebih kurang megi ayam la tapi sedap sikit dari megi ayam.. Emm korang nak rasa?? hehehe...


Ha tengok betapa lazatnya sampaikan mata pun stim jer.. Ahakz..ahakz.ahakz..


Surpp hirup sampai habis.. Yummy sedapnya..


Trang teng teng.. Tamat sudah. Alhamdulillah selesai breakfast hari ini.  Licin satu bekas. Hehehe....Tak boleh amalkan hari-hari tak elok makan megi ni. Cukuplah hari ni jer menjamu megi di pagi hari. Dah selesai makan apa lagi buat kerja lah...

Sabtu, 14 April 2012

AKU YANG TERPILIH KENAPA HARUS PERTIKAIKAN???


Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Apa yang kita alami ada susur berduri yang kadangkala sukar untuk kita harungi. Ada yang gentar dan tewas di tengah jalan dan ada yang masih mampu untuk teruskan hingga saat akhir.

Apa yang aku merepek panas terik ni..Dah la panas perut pulak seronok dam dum dam dum berjoget. hahahaha.. Jam menunjukkan pukul 14.11 senang cerita pukul 2.11 petang atau p.m.. Belum solat lagi ni macam mana nak jadi wanita solehah ni kan kan kan. Masyaallah teruknya aku ni...

Berhenti seketika untuk tunaikan solat zuhur....

2.30 p.m...Usai solat..

Alhamdulillah dah pun selesai tanggungjawab pada Dia... Amin...

Entry kali ni Nor nak bahasakan diri as "aku" coz ia lebih kepada luahan hati yang rasa nak meletup sekarang ni. So sesiapa yang terbaca entry ni harap maaf ya kalau rasa kasar sangat. Mohon MAAF ye abang-abang,kakak-kakak dan adik-adik..heheheh senyum sokmo deh.. :)


Apa yang aku nak luahkan ni berkenaan AKU YANG TERPILIH KENAPA HARUS PERTIKAIKAN??? Macam tajuk entry kali ni. Bukan permintaan aku dan bukan niat aku untuk nak dan dapat semua ini. Tapi jika ia memang suratan takdir aku harus menerima dan redha walaupun amat berat untuk aku pikul. Orang cakap cukup mudah dan yang dengki pun cukup ramai kerana tak fikirkan apa yang aku perlu laksanakan.

Baru nak luah perasaan makcik datang jual ubat pulak. Kacau je la makcik ni. Hilang selera nak menaip. Ambil mood balik kejap.. Tarik nafas...Hembus..aaaaaahhhhh..

Aku dah agak semua ini akan berlaku tapi aku tak sangka teruk macam ni. Kenapa aku yang terpilih?? Kenapa tak orang lain.  Amanah arwah abah untuk aku memang berat dan ma sendiri pun bagi amanah sama kepada aku walaupun ma ada lagi. Aku tak pernah minta pun dan amanah tu memang amat berat. Tapi apa harus lakukan jika itu kepercayaan mereka pada aku. Bukan aku yang sogok atau merasuah. Namun aku terkilan ada yang menuduh aku bolot semua harta dan menuduh aku berlagak. Tapi 'AMANAH' yang abah tinggalkan tiada siapa endahkan kerana tiada hitam putih.

Namun aku pegang dan selalu berdoa aku dapat tunaikan amanah tersebut dengan sabar. Keadaan makin hangat sekarang dengan macam-macam ragam. Aku kah yang bersalah? Abah..Kenapa pilih aku untuk pikul amanah ini?? Ya Allah ampuni aku kerana aku bersungut dengan ketentuanMU ini. Aku harus lebih kuat sekarang kerana ini permulaan bagi segalanya. Akan datang masih banyak ranjau yang akan menujah aku.

Apa jua halangan dan dugaan yang mendatang aku yakin Allah bersamaku dan aku harap restu abah jua tetap bersamaku. Harta hanya bahan perhiasan dunia dan akan lenyap sekelip mata sahaja. 
Aku hanya ingin nasihatkan pada diri aku agar lebih kuat dan lebih sabar jangan lemah kerana amanah abah lebih berharga daripada harta yang ditinggalkan... Sempat aku karangkan sajak ke apa entah yang terlintas dibenak aku sekarang ni...

Ku tak punya apa-apa didunia,
Ku tak minta apa darimu,
Namun aku kini yang terpilih,
Memegang amanahmu itu,
Bukan ku menolak kepercayaanmu,
Namun lihatlah kini apa yang ku alami,
Saban waktu ada sahaja,
Saban hari menindas aku,
Aku tak tewas cuma aku penat,
Mampukah aku menjaga amanahmu?
Aku takut jika aku tewas,
Aku tak ada kuasa mahupun hak,
Azali aku hanya wanita cukup lemah,
Namun AMANAHMU,
Aku akan pertahankan demimu,
Ya Allah bantulah hambaMu ini...

Khamis, 12 April 2012

LAYAKKAH AKU BERTEMU MU YA RASULULLAH???....


Tubuh yang lesu tidak sesekali mematahkan semangat Nor untuk spent time dengan blog ini. Nor berpegang pada JANJI..Nor ingin kongsikan sesuatu yang amat berharga sekali. Terima kasih kepada teman sekolah Nor, Izzah kerana sudi membantu dan kongsi something special. 

Lingkungan jam 7.00 petang tadi Nor menerima SMS.

"Salam aisyah.. Nanti ada masa buka you tube tengok pengalaman student UIA bermimpi bertemu Rasulullah.. Mungkin ia akan memberi kekuatan kepada aisyah untuk menghadapinya pada masa akan datang."

Selepas solat maghrib then selesai mengaji. Nor terus on laptop then search you tube lastly search apa yang Izzah SMS tadi. Ingatkan video budak tu tapi rupanya just tulisan dan lagu. Mulanya tengok macam tu malas la nak go on tapi hati mengatakan sesuatu tengok dulu. Lagipun nak tahu jugak apa yang izzah maksudkan dengan memberi kekuatan tu.

Emmm..Terpegun menatap setiap ayat yang tertulis dihiasi dengan alunan muzik yang cukup syahdu. Nor nak share dan simpan kisah tu kat blog ni tapi tak boleh. Hanya link ni sahaja yang boleh. http://youtu.be/OCwmbMlVykA... Harap link tu still ada lagi la nanti.

Ia mengisahkan seorang gadis atau pelajar UIA bernama Syamimi. Syamimi merupakan anak sulong dan berusia 23 tahun. Apa yang menakjubkan dia telah berjaya menghafaz 30 juzuk dalam tempoh 3 tahun. Niat murninya untuk menunaikan hasrat ibu bapanya untuk menjadi hafiz atau hafizah.



Namun dalam masa sama Syamimi menghidap sakit misteri yang doktor tiada ubatnya. Suatu hari dia pengsan dan bermimpi bertemu Rasulullah. Masyaallah untungnya dia kan. Boleh menatap wajah Nabi dan Nabi sempat berpesan.. "Kirim salam kepada Ummatku..."

Apa kaitan kisah ni dengan apa yang Izzah maksudkan? Nor tidak seperti Syamimi yang boleh digelar hafizah. Apa yang sama ialah Nor turut mempunyai sakit misteri. Sekarang tak ada sesiaa yabg nak ubatkan. Dari kisah tersebut banyak iktibar yang boleh Nor guna pakai. Terdetik di hati untuk bertemu dengan Rasulullah dan sembuh seperti Syamimi.

LAYAKKAH AKU BERTEMU MU YA RASULULLAH???...


Terasa kerdil sangat diri ini... Hati menitis sebanyak mungkin air mata namun masih layakkah aku??? Semoga masih ada peluang dann ruang untuk diriku menemui kekasih Allah yang paling Mulia disisiNya.

Masih tertanya-tanya LAYAKKAH AKU??? Nor ingin sembuh dari semua penyakit ini. Bukan merungut tapi ingat lebih selesa untuk beribadat dan melakukan tugas haarian. Kalau dulu selalu bersungut namun kini tak lagi. Nor redha dan ini adalah ujian Allah. Pasti ada jalan dan penawarnya. Hanya erlu sabar.

Semoga Nor tak tergolong dalam golongan tidak dapat melihat Rasulullah. Amin.. Semoga teman-teman kat luar sana juga begitu.


Selasa, 10 April 2012

KEMBALI MENEMANIMU....


Selamat pagi wahai blog ku yang telah lama ku menyepikan diri. Bukan niat dihati untuk meninggalkanmu namun ku tak punya waktu untuk bersamamu. Namun mulai saat ini insyaallah ku kan menemanimu dengan coretanku... Cewah mukadimah yang cantik di pagi hari nan damai ni.

Pagi ni Cik Nor dalam keadaan sedikit sedih namun jangan dilayan perasaan daku ini. Sesungguhnya tiada manusia yang sentiasa happy kan kan kan.... Hajat hati nak meneruskan menulis di blog baru tapi apakan daya mungkin tiada JODOH agaknya.. Terlupa password.. Uwaaa sudah banyak kali tekan-tekan tapi tak dapat-dapat. So dengan muka selamber badak jer (badak pun tak selamber cam aku..hihihi) Cik Nor menatap blog ini dan niat untuk sambung kembali ikatan bersamanya.. 

Sudikah kau menerimaku kembali wahai blog??? Of course la sudi kan kan kan.. Tu yang dapat memenuhi ruang-ruang kosong blog ni. Hahaha... (Bibir jer ketawa ni tapi hati...Allah jer tahu...)

Buat blogku yang tersayang LOVE YOU SOMUCH dan terima kasih....