Selasa, 3 Januari 2012

KENIKMATAN FIRST LOVE

(mula menceloteh 10.10 pagi)

Pepagi dah jenguk blog ni kan. Ambil mood nak buat kerja sekejap lagi :) Yelah dari subuh tadi buat kerja kat rumah then ni sambung kerja kat kedai pulak. Hehehe konon terlebih rajin la tu kan. Tapi Cik Nor memang rajin pun. Hahaha perasantan sudah....

Emm pepagi ni Cik Nor dah nak citer perihal KENIKMATAN FIRST LOVE ni. Wow nampak macam best jer kan...Korang ingat tak bila saat pertama kali korang jatuh cinta pandang pertama?

Cik Nor mula-mula tersadung dengan dunia cinta ni masa umur 18 tahun masa study kat matrik. Parents hantar study jauh-jauh pandai pulak ambil kesempatan bercinta eks. Huhuhu nak buat macam mana kan sambil menyelam minum lah air seteguk dua...hahaha (gelak kejam)

Best ke first love ni? Ada orang cakap  first love is wonderful and everything in life. Ada lagi orang cakap  first love memang tidak boleh dilupakan. Betul ke macam tu? Baru-baru ni Cik Nor ada kemukakan tajuk ni dalam satu forum. Macam-macam pendapat. Ada yang cakap tak pernah ada  first love sebab kawan jer dengan perempuan. Tapi majoriti cakap  first love memang AJAIB dan tidak akan pernah dilupakan. Hebat jugak penangan FIRST LOVE ni kan.

Pendapat dan pengalaman Cik Nor tentang  first love ni... Cinta memang suatu yang indah tambah saat pertama kali terkenahan panahan cinta. Dulu Cik Nor juga merasakan first love tidak boleh dilupakan dan akan dikenang sampai bila-bila. Tapi tanggapan Cik Nor sama sekali silap. Nikmatnya first love tidak kekal lama apabila hadir cinta kedua dan seterusnya. 


Kenikmatan first love membuatkan Cik Nor menderita selama 3 tahun dengan segunung harapan. Walaupun telah sedia maklum dia tidak akan kembali lagi mendampingi diri ini. Sedihkan... Keajaiban berlaku yang mana dia datang berjumpa Cik Nor. Bukan pertemuan itu satu keajaiban tetapi perasaan menyampah dan tidak sayang lagi pada dia merupakan suatu azimat yang amat Cik Nor syukuri. Kejamnya Cik Nor kan. Siapa lebih kejam? Dia atau Cik Nor? Dia pergi mencari peganti sedngkan Cik Nor sabar menanti bertahun-tahun...Emm semua dah berlalu dan first love amat terkesan di hati. 

Kejaiban itu membuatkan pintu hati Cik Nor diketuk kali kedua dan first love lenyap dari ingatan dan fikiran. Alhamdulillah.... Kini Cik Nor percaya dan teramat yakin first love Cik Nor tidak akan diingati dan tidak harus disanjung tinggi. Cik Nor telah padamkan semua nostalgia first love dalam abu api yang tertanam dalam tanah. Menjadi abu bukan bermakna membenci cuma kenapa kita harus menghargai orang itu atau first love jika kita tahu ia sering menyakiti hati kita? 


Kadangkala Cik Nor terfikir "betulkah itu first love aku?"... Pelik kan tiba-tiba soalan itu timbul dibenak.. Jawapan Cik Nor hanya satu kerana cinta kedua Cik Nor rasakan itu adalah first love sebabnya rahsialah...hehehe mana boleh cerita semua kan....

Nasihat Cik Nor sesiapa yang sedang menikmati first love jagalah ia jika ia benar-benar cinta sejati dan jika kenikmatan first love itu telah pudar tinggallah ia dan jangan jadikan first love satu alasan kukuh untuk tidak jatuh cinta lagi...


(tamat menceloteh 10.54 pagi)