Jumaat, 30 Disember 2011

SALAM TAHUN BARU 2012

(mula menceloteh 3.13 ptg)

Salam Hari Jumaat yang penuh barakah... Kalau perasan Cik Nor selalu meluangkan masa kat blog ni hari Jumaat. Emm Cik Nor ni selalu sahaja busy. Busy dengan macam-macam sampai tak berpeluang untuk tengok blog ni. Akan tetapi Cik Nor belum ada niat lagi untuk meninggalkan terus meninggalkan blog ini. 

Masih sayang lagi kat blog ni cuma ia masih baru lagi. Sebab terlalu busy so masih banyak yang tak dapat Cik Nor post kat entry blog ni. Tapi tak apa pelan-pelan kan.

Lagi dua hari nak masuk tahun 2012. Sekejap sangat Cik Nor rasa tup..tup.. dah bertambah usia Cik Nor ni. Hehehe....

Apa azam tahun depan eks? Emm belum difikirkan lagi. Tunggu malam tahun baru nanti baru buat planing kot. Ok sementara masih ada dua hari lagi sebelum menjengah tahun 2012 Cik Nor ambil kesempatan dan peluang ini untuk memohon MAAF kalau ada tersalah bicara sepanjang Cik Nor ceburkan diri berbloging ni. Cik Nor pun dah MAAFKAN korang semua. 0-0 ok?!

Untuk tatapan semua "SELAMAT TAHUN BARU 2012!!!"




(tamat menceloteh 3.46 petang)

Khamis, 22 Disember 2011

KUALA TERENGGANU REKOD TERBAIK PMR 2011

(mula menceloteh 4.22 ptg)

Syukur kehadrat Ilahi atas kejayaan pelajar tingkatan tiga yang telah pun menerima keputusan PMR pada pagi tadi (22/12/11). Tahniah kepada semua yang telah mendapat 9A bagi sekolah SMKA dan 8A bagi sekolah kebangsaan. Bagi yang tidak berjaya jangan sedih-sedih cuba lagi ok.


Cik Nor ucapkan syabas dan tahniah buat adik-adik diseluruh negeri Terengganu kerana telah mencatat rekod terbaik pada tahun ini. Juga tahniah buat adik lelaki Cik Nor yang telah memperolehi 8A 1B (Bahasa Arab). Semoga kejayaan tersebut akan terus kekal untuk SPM nanti. Insyaallah.


Catatan dibawah merupakan rekod terbaik keputusan PMR di Malaysia.



Di KUALA TERENGGANU, Terengganu terus unggul sebagai negeri terbaik dalam pencapaian PMR tahun ini apabila mencatat gred purata negeri (GPN) 2.58 berbanding 2.60 tahun sebelumnya. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Terengganu, Razali Daud, berkata jumlah calon yang memperoleh A dalam semua mata pelajaran meningkat sebanyak 0.69 peratus kepada 7.81 peratus atau 1,746 pelajar, berbanding 7.12 peratus tahun lalu. 


Di KUALA LUMPUR, Pengarah JPN Wilayah Persekutuan, Mohd Adenan Deraman, berkata prestasi keseluruhan tahun ini yang terbaik dalam tempoh empat tahun di mana pencapaian minimum semua D meningkat 0.07 peratus dan semua E menurun daripada 20 calon tahun lalu kepada 16 orang tahun ini, walaupun bilangan mendapat semua A merosot kepada 1,850 atau 8.56 peratus berbanding 1,940 calon atau 8.84 peratus tahun lalu. 

Di KUANTAN, Pemangku Pengarah JPN Pahang, Yahya Zainal Abidin, berkata seramai 1,641 daripada 23,856 calon PMR memperoleh semua A, meningkat 6.88 peratus berbanding 5.70 peratus tahun lalu, dengan 367 pelajar mendapat 9A, 8A (1,183) dan 7A (91). 

Di KOTA BHARU, Pengarah JPN Kelantan, Hussain Awang, berkata seramai 2,023 atau 6.76 peratus calon mencatat keputusan semua A, sekali gus mencatat rekod pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun. 

Di KANGAR, Timbalan Pengarah JPN Perlis, Abdul Hadi Harun, berkata 333 calon PMR mendapat A dalam semua mata pelajaran, termasuk 116 pelajar dari SMK Derma, meningkat 18 peratus berbanding 282 calon tahun lalu. 

Di JOHOR BAHRU, Pengarah JPN Johor, Markom Giran, berkata secara keseluruhan prestasi 58,682 calon PMR yang terbaik dalam tempoh empat tahun sejak 2007 di mana pencapaian cemerlang semua A meningkat kepada 3,575 calon. 

Di MELAKA, Pengarah JPN Melaka, Juliah Leman, berkata 1,137 atau 8.22 peratus calon mendapat A dalam semua mata pelajaran, meningkat 5.86 peratus berbanding tahun lalu, manakala pencapaian minimum D juga meningkat kepada 70.1 peratus berbanding 66.6 peratus sebelum ini. 

Di SEREMBAN, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Abdul Halim Abdul Razak, berkata 1,482 atau 8.69 peratus daripada 19,311 calon PMR di negeri ini memperoleh A dalam semua mata pelajaran, meningkat 0.62 peratus berbanding sebelumnya, dengan GPN 2.71. 

Di SHAH ALAM, Pengarah JPN Selangor, Sulaiman Wak, berkata 6,907 atau 9.1 peratus daripada 75,711 calon PMR di Selangor memperoleh A dalam semua mata pelajaran, meningkat 0.3 peratus berbanding 6,592 calon atau 8.8 peratus tahun 
lalu. 

Di IPOH, Timbalan Pengarah JPN Perak, Mohd Idris Ramli, berkata seramai 3,017 daripada 41,810 calon PMR di Perak memperoleh A dalam semua mata pelajaran meliputi 279 pelajar mendapat 9A, 2,083 (8A) dan 655 (7A). 

Di GEORGETOWN, Pengarah JPN Pulau Pinang, Ibrahim Mohamad, berkata seramai 2,103 daripada 22,418 calon PMR di Pulau Pinang memperoleh A dalam semua mata pelajaran, iaitu 131 pelajar mendapat 9A, 1,521 (8A) dan 451 (7A), meningkat 132 calon berbanding tahun lalu. 

Di ALOR SETAR, Pengarah JPN Kedah, Abdullah Saad, berkata seramai 1,981 calon PMR mendapat semua A, meningkat sebanyak 5.60 peratus, berbanding 1,736 pelajar tahun lalu, manakala pencapaian GPN tahun ini ialah 2.857, lebih baik berbanding 2.878 tahun lalu. 

TAHNIAH!!!


(tamat menceloteh 4.36 petang)

Jumaat, 9 Disember 2011

JOM TAMBAH FOLLOWER

(mula menceloteh : 10.49 pagi)

Hari jumaat nan indah lagi mendamaikan hati... Harap semuanya pun macam tu jugak ye. Senyum sokmo orang ganu cakap. 


Di hari yang mulia ini Cik Nor terjeling lah satu segmen ni. Baik punye...Hehehe... Terasa nak join sekaki lah nampak macam best aje. Ni merupakan first time Cik Nor join mana-mana segmen. Korang boleh join jugak sebelum terlambat. Tarikh luput segmen ni 11/12/11 menjelang tengah malam. Ada masa lagi ni... Jom jom klik ni LULU ataupun gambar kat atas tu.

Emm ni antara sebab musabab Cik Nor join segmen ni :-
1) Mencuba sesuatu yang baru
2) Tambah kenalan

Tu je kot alasan kukuh Cik Nor... Yang penting Cik Nor happy dan enjoy dengan pembaca-pembaca Cik Nor. Cayang korang..mmuaahhh...hahaha


(tamat menceloteh : 11.23 pagi)

Isnin, 28 November 2011

PENANGAN BUDU BUATKU TERGODA

Emm...Alhamdulillah Cik Nor baru sahaja siap lunch. Menu hari ini nasi kerabu. Nyum..nyum..nyum sedap sehingga menjilat jari. Lagi tambah selera ia hasil air tangan ibu tercinta. Siapa boleh lawan air tangan ibu kan walaupun just goreng telur je. Betol tak?...

Berbalik pada tajuk entry Cik Nor petang ni "Penangan Budu Buatku Tergoda". Fokus pada BUDU ok kemudian baru TERGODA.. Aku tergoda..Aku tergoda terkeciwa....Hahaha...

Kalau korang nak tahu Cik Nor ni nama saje duduk kat pantai timur tapi "ANTI BUDU". Huhu.. Pernah masa kecik-kecik dulu Cik Nor tanya mama "Ma, sedap ke budu? Budu rasa macam mana?". Kecik-kecik mana nak tahu kan main soal jelah. Tengok mama makan budu macam best sangat jer. Apa lagi Cik Nor panjagkanlah sedikit tangan,opss bukan mencurik eks... Panjangkan tangan cubit ikan sikit cicah dengan budu mama tadi. Grrrr...Tak sedaplah masin plus apakah rasanya entah. Yang pasti jelas terang lagi nyata BUDU MEMANG TAK SEDAP!!! Ha sampai macam tue sekali tindakan Cik Nor. Huhu jangan marah bagi peminat BUDU!!!

Pendek cerita ke mana sahaja Cik Nor pergi ramai pulak suka makan budu ni. Rimas betul rasa. Sana sini WAJIB ada BUDU. Macam VIRUS la pulak. Ngeri Cik Nor rasa. Dalam adik beradik pulak memang hantu BUDU jugak. Adoi parah! Sedara mara tok sah cakaplah HANTU jugak. Gara-gara BUDU orang selalu cakap Cik Nor bukan orang pantai timur. Apa kaitan pulak dorang ni,dalam IC dan Surat Beranak terpampang Cik Nor asal berasa dari Kuala Terengganu tau. Hehehe... 

Tahun berganti tahun bulan berganti bulan dan hari berganti hari... Oh yea Cik Nor sudah tergoda dengan budu. Aik kenapa? Macam mana? Betul ke? Mengarutlah... Ini bukan cobaan ini betul-betul lah... Tapi... Hehehe ada tapi jugak....

>>>>>>>>>>>>>>JENG JENG JENG>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Cik Nor hanya tergoda dengan BUDU CAP KETEREH sahaja. Badannya kecik molek sama lah macam Cik Nor. 


Mula-mula memanglah Cik Nor ANTI jugak dengan semua spesis BUDU ni. Mana tidaknya rasa dahlah masin lepas tu gatal pulak. Tak sangguplah nak menggaru sana sini. Penangan Budu Cap Ketereh ni membuka sinar baru selera Cik Nor. Botol nampak kecik tapi auranya mampu mencairkan selera sesiapa sahaja. Cik No mula terjebak dengan kancah Hantu Budu nie masa bulan puasa baru nie. Yup memang terlalu baru lagi lah. 

Air tangan mama jugak yang menambahkan lagi selera. Masa tue sambal belacan tak buat so budu tue sahaja yang ada. So dengan lemah longlai rasa la sikit. Oh mak sedap weh!!! . Cik Nor makan dengan seleranya. Bermula saat itu Cik Nor start makan budu tapi lom jadi Hantu lagi. Ikut mood jugak, kalau rasa nak makan baru lah makan.

Orang cakap budu cap ketereh ni tak macam budu lain. Budu ni dia masak. Ha lagi satu budu ni tak masin macam spesis budu yang lain. Agaknya sebab tue kot Cik Nor boleh tergoda kat budu ni. Untuk menyedapkan lagi budu ni mama ajar hiris serai dan bawang merah. Pastu perah limau nipis. Then tenyeh-tenyeh cili dalam budu tadi. Ummpp sedap!!  


SELAMAT MENJAMU SELERA. KORANG PUN CUBALAH EKS.. PASTI TERGODA!!!


TERIMA KASIH KORANG SUDI BACA CELOTEH MERAPU CIK NOR...

Jumaat, 25 November 2011

DOA AWAL DAN AKHIR MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"



DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

BAIKNYA TUHAN KITA


Emm betapa baiknya Allah kepada kita... Terima kasih Ya Allah..Aku bersyukur padamu..

Selasa, 22 November 2011

TAHNIAH HARIMAU MALAYA

Rasanya masih belom terlambat lagi kot CN nak ucapkan tahniah dan syabas buat pemain bolan sepak Harimau Malaya. Memang dasyat permainan semalam sampai bersorak CN. Hehehe tak adalah sampai terkinja-kinja. 

Cayok Apek atau Khairul Fahmi Che Mat yang menjaringkan gol penyamaan 1-1. Persaingan makin sengit bila kedua-dua pasukan bermain dengan tangkas.


Nasib menyebelahi kita apabila tuah sepakan penalti menerusi kapten Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol kemenangan buat Harimau Malaya mengalahkan Indonesia pada perlawanan Sukan Sea 2011.


TAHNIAH!!!


Jumaat, 18 November 2011

PENGGUGURAN 16 JANIN

Masyaallah!!!! Tak sanggup CN nak tengok semua ni. Sebak rasa menyaksikan janin-janin 
yang cukup sifat diperlakukan begitu kejam sekali. Apa nak jadi dengan dunia hari ini. Buang janin dan buang bayi macam dah jadi satu trend wajib terutama dikalangan remaja. Ini berita terbaru yang CN dapat dari seorang kenalan dan CN terpanggil untuk dimasukkan ke dalam Celoteh CN ni. Kes pengguran 16 janin di Singapura. Paling menyedihkan semua janin tersebut  adalah Melayu/Islam.

CN hanya nak berkongsi agar orang-orang kat luar sana sedar bahawa janin juga seperti kita. 
Mereka juga mahukan sebuah kehidupan seperti kita. Masa tengah enjoy korang tak fikir tapi bila dah memboyot jalan terbaik adalah buang janin atau bayi tu. Agak-agaklah pernah tak korang fikir kalau parents korang buang korang dulu?? Wallahuallam...


CN nak tunjuk kat korang gambar-gambar 16 janin yang telah menjadi korban manusia kejam. Harap dengan tededahnya isu ini kita akan lebih sedar dan lebih bertanggungjawab sesama insan.


Saksikan sendiri gambar-gambar dibawah....Semua gambar-gambar ini di ambil di Masjid Pusara Aman.

16 janin tersebut diletakkan di dalam beg plastik. Nama Ibu, No.IC ibu  serta tarikh pengguran
tertera pada kad hijau yang disertakan bersama bungkusan janin tersebut

Janin yang telah bertukar kepada merah birat apabila beberapa hari terperap
di rumah mayat tanpa dituntut oleh ibu atau yang berkenaan.

Petugas memnadikan janin sebelum dikafankan.


Janin dikafankan.

Janin-janin tersebuat di sebayangkan sebelum dikebumikan dalam
dua liang kubur di Pusara Abadi

Sesungguhnya Allah telah memberi ruang untuk kita bertaubat. Kepada semua kat sana kasihanilah janin yang tidak berdosa ini. CN harap paparan celoteh diatas dapat menginsafi diri kita semua. Mudah-mudahan.

p/s : Ini merupakan sumber maklumat yang sah dan dirakamkan oleh pihak TV3 tetapi tidak disiarkan di tv atas sebab tertentu.
Renung-renungkan & Selamat Beramal.....  

20112011 TARIKH KERAMAT BUAT PELAKON ZAHIRIL & PENGACARA SHERA

(Jumaat - 18 November 2011)~ disediakan oleh Cik Nor

Cinta tidak mengenal erti lama atau pun singkat. Bila cinta sudah berpadu janji mengapa harus melengahkan masa untuk mengikat janji.

Itulah jalan terbaik bagi pelakon utama drama bersiri Juvana Zahiril Adzim, 27 tahun dan juga tunangnya pengacara Majalah Wanita Hari ini Shera Aiyob, 25 yang telah sepakat untuk mendirikan rumah tangga pada 20 November ini.

Jom kita korek sedikit pasal pasangan ni yer. Tak sabar rasanya kan nak tengok majlis kahwin dorang ni. Dengar cerita dorang ni dah berkenalan selama 18 bulan kira-kira 1 tahun 6 bulan la camtu. Awal bulan Mei baru-baru ini dorang telah pun bertunang kat rumah Shera di Taman Tasik Indra, Ipoh. Serba pink u...hehehe.

Moh ler tengok gambar-gambar tunang dorang ni dulu.


Cantikkan hantaran-hantaran ni kat bwah ni. CN suka sangat macam kat muzium pulak duk dalam kotak kan. Keluarga Zahiril membawa 7 dulang dan di balas 11 dulang oleh pihak Shera.




20112011 tarikh yang teramatlah cantik dan unik yang telah dorang pilih untuk mendirikan masjid. Tinggal 2 hari sahaja lagi. Mesti dup..dap..dup..dap.... jantung dorang kan. Biasalah bakal menjadi raja sehari kan. Majlis resepsi akan diadakan 17 Disember di Kuala Lumpur.

Kat bawah ni CN nak kasi korang tengok kad kahwin Zahiril & Shera. Cute plus comel. Jom layan....

Betol tak cakap CN?? Comelkan kan kan?? Sesaper yang dapat kad ni boleh la pergi dan bagi yang tak dapat tu janganlah sedih-sedih yer. Doakan agar majlis dorang ni berjalan lancar. Nak tengok gambar lagi? 

Layan gambar pra perkahwinan dorang pulak. Ala-ala zaman 60-an gitu. Pesta muda-mudi la katakan.






CN doakan Zahiril dan shera akan kekal bahagia dunia akhirat.

CANGGIH PERHENTIAN BAS BERHAWA DINGIN DI BANDAR KINRARA

(Jumaat-18 November 2011)~ disediakan oleh Cik Nor

Unik & menarik serta mengagumkan satu perhentian bas berhawa dingin telah dibangunkan di hadapan pejabat Trinity Group di Zest Point Bandar Kinrara, Puchong. Ia akan mejanjikan keselesaan kepada para pengguna dan kini ia telah pun beroperasi sejak semalam.

Menurut sumber hmetro, perhentian bas ini beroperasi pada setiap hari dari jam 6 pagi sehingga 11 malam. Manakala penyaman udara di situ beroperasi hanya dari jam 9 pagi hingga malam sebagai langkah penjimatan tenaga.

Kos perbelanjaan bagi membina perhentian bas tersebut adalah sebanyak RM83,000 yang ditampung sepenuhnya oleh pihak pemaju butik bersepadu, Trinity Group Sdn Bhd (Trinity Group).

Disebabkan perhentian bas ini terlalu 'canggih', sebagai langkah keselamatan ia turut dilengkapi kamera sistem litar tertutup (CCTV) dan juga rondaan berkala beberapa pengawal keselamatan yang ditugaskan Trinity Group.

Perhentian bas berhawa dingin pertama di Malaysia itu mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) dan penyampaian sijil pengiktirafan itu disampaikan Pengasas merangkap Pengarah Urusan MBR, Datuk Danny Ooi semalam.

Dibawah adalah gambar Ooi (lima dari kiri) menyerahkan sijil pengiktirafan kepada Neoh, semalam.



Khamis, 17 November 2011

GAMBAR EKIN MENGANDUNG 4BULAN++

Dengan izin Allah dan berkat doa, Ekin isteri kepada penyanyi terkenal Mawi akhirnya mengandung 4 bulan++ dan bakal menimang cahaya mata sulong tidak lama lagi. 

Setelah mengalami dua kali keguguran sebelum ini, Ekin diberikan sepenuh perhatian dari Mawi dan keluarga supaya kandungan Ekin selamat sehingga dilahirkan nanti. Ekin juga mengakui yang dia ada mengambil suntikan menguatkan rahim dan supliment tambahan bagi memastikan kandungan kali ke tiga ni selamat.. 

CN doakan semoga kandungan Ekin selamat sehingga di lahirkan dan juga berharap Mawi dan Ekin banyakkan bersabar serta berdoa. Jom layan gambar terbaru Mawi dan Ekin sedang mengandung di bawah...


Rabu, 16 November 2011

JANGAN TAK TAHU DALAM DIRI KITA ADA 15 PINTU SYAITAN

Pelikkan tajuk post CN ni. Syaitan ada pintu jugak ke? Macam mana rupanya? Ok siyes2 k ni topik yang WAJIB kita pegang rapat2 & sekejap mungkin supaya kita tak tersasar jauh. 

Pintu syaitan ni bukan macam pintu rumah korang tue. Ia subjektif la... Maksudnya perbuatan2 kita yg menjurus dosa yg mana mata hati kita dikaburi oleh syaitan laknatullah. Korang paham tak?? Harap paham la kan.

CN tak nak terang panjang lebar lah pasal ni. Korang just baca & teliti apa yang CN dah design istimewa untuk memudahkan korang membacanya.



Selamat Beramal & Renung-renungkanlah... 




SAKIT PERUT LEPAS MAKAN DAGING??? INI PETUANYA.

Siapa sangka pokok yang terbiar disekeliling halaman rumah kita (rumah kampunglah rasa kat bandar tak ade kot..) sebenarnya memberi manfaat kepada kita. Mesti korang tertanya-tanya pokok apa kan?? Pokok semalu ke? Pokok lalang ke?? Lalang tu kategori pokok gak ker??? Agak-agaklah korang ni.

Cuba teka pokok apa yang bunganya warna ungu? Hehehe teka-teki la pulak. Jawablah ti dapat hadiah. Fikir la cepat takkan tak nak hadiah kot. Hehehe... Lalala....

Dapat teka tak??? Lalala.....

Lambatlah korang ni teka... Jeng jeng jeng....


Inilah dia pokok senduduk atau nama saintifiknya Melastoma Malabathricum L. Sapa yang teka dengan betol ini hadiahnya  satu tepukan gemuruh untuk anda. TAHNIAH & SYABAS!!!

Apa yang pokok senduduk ni boleh buat eks?? Satu lagi soalan, ni bukan teka-teki yer.. Dikalangan korang ada tak yang sakit perut bila makan daging? Mesti ada kan. Hehehe aku tanya aku yang jawab.

Korang tahu tak pokok senduduk ni mampu menghilangkan sakit perut lepas makan daging. Caranya korang ambil beberapa helai daun senduduk kemudian korang hiris kecik-kecik daun tadi dan masukkan ke dalam masakan korang tu. Insyaallah korang dapat makan daging tu dengang senang hati tanpa ulang alik ke jamban lagi. Opss hehehe... Korang cubalah baru tahu hasilnya.

Banyak lagi faedah pokok senduduk ni. Baca satu-satu kat bawah k...
*Bagi pompuan yang ada keputihan tu korang keringkan daun senduduk dan direbus bersama dengan halia, sedikit gula biarkan suam dan minumlah airnya. Sedap tak sedap nanti korang bagitau CN yer. 

*Menghilangkan bintik-bintik cacar korang ambilkan akar senduduk giling bersama daunnya, kemudian tampalkan pada cacar atau parut cacar ianya akan beransur-ansur hilang. Insyaallah..

*Melegakan luka korang ambilkan buah senduduk yang masak picit atau perah airnya sapukan pada bahagian luka, darah akan segera berhenti dan luka akan segera pulih. Tapi CN suka tumbuk daun campur bunga dengan buahnya pastu letak kat luka. Alhamdulillah jap jer sembuh.

*Yang Ada Buasir korang rebuskan akar, daun dan batang senduduk dan minum airnya. Ia menjadi penawar kepada buasir


*Melegakan Sakit Gigi korang kena rebus daun batang dan akar senduduk biarkan suam . Gunakan untuk berkumur. InsyaAllah sakit gigi akan reda.

Banyakkan lagi lah kegunaannya pokok senduduk ni. Dari akar sampai ke buah ada penawarnya tersendiri. Nasihat CN lepas ni korang jangan tebang sesuka hati pokok senduduk kat laman korang. Memang semak tapi yang semak tu lah penawar mujarab Allah bagi kat kita.

Korang praktis la ye petua CN kasi ni.

Terima kasih sudi meluangkan masa bersama 

Ahad, 13 November 2011

SOLAT TAK KUSYUK GARA-GARA ORANG LAIN

Bismillahirrahmanirrahim...Salam semua pembaca dan semoga ceria hari ini. Cik Nor nak berkongsi mengenai amalan kita seharian yang sering berlaku kepada diri kita atau orang lain. Secara sedar ataupun tidak sedar. Kadang-kadang kita sendiri melakukannya dan tanpa kita sedar ia memberi impak kepada orang sekeliling kita.


Semua orang tahu SOLAT merupakan tiang agama dan juga rukun Islam yang kedua. Tidak kira dimana jua kita berada kita diwajibkan menunaikan solat melainkan ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan kita tidak boleh melaksanakannya. Persoalannya solat kita itu betul-betul "KHUSYUK" atau tidak??? Jika hati kita ikhlas kepada Allah insyaallah solat kita akan lebih khusyuk.



Cik Nor nak kongsikan beberapa perkara yang boleh membuatkan kita tidak khusyuk disebabkan oleh orang lain terutama ketika solat di surau atau masjid. 


1)  TELEFON BIMBIT ORANG SEBELAH BERBUNYI

Rasanya rata-rata masjid atau surau jelas terpampang poster "Matikan Telefon Anda" atau yang terkini   "Tiada Panggilan Sepenting Seruan Ilahi" seperti gambar kat atas tu. Telefon sekarang tak macam dulu bunyi nada ringtone pun macam orang kentut jer..(perumpamaan je..hehehe). Telefon sekarang  canggih macam-macam lagu MP3 dan macam-macam lagu lah ada dalam telefon bimbit kan.


Bayangkan tengah korang kusyuk solat dengar tok imam mengalunkan bacaan Al-Quran tiba-tiba "...tik..tik...aku memang pencinta wanita..bla..bla.."(kuat pulak tu bunyi). Sampai tok imam pun berhenti seketika dek terkejut tetapi bacaan tetap diteruskan. Masa ini lah hati kita yang tak kuat ni mula lah merasa grrrr...grrrr..grrrr!!!! "Sape punye hanset lah tu. Dah tahu nak solat off lah tak pun silent. Tak khusyuk solat aku ni. Bengang betul la.." Kalau tok imam tu boleh terhenti bacaan apatah lagi kita makmum yang tak seberapa ilmu ni kan. 
Beringatlah sebelum kita nak solat tu OFF atau SILENT telefon bimbit tu dulu. Bukannya lama pun kan sekadar 6 minit hingga 10 minit sahaja. Kalau korang ON pun bukannya korang boleh jawab panggilan atau mesej yang masukkan malah mengganggu orang lain je nak solat. 


2)  TIDUR DALAM MASJID ATAU SURAU     
Rumah Allah tempat untuk kita beribadat bukan tempat untuk kita dibuai mimpi sewenang-wenangnya. Tak perlu kita menunding jari kat sesiapa sebab kita sendiri pernah melakukannya kerana kepenatan. Bukannya salah kita tidur dalam masjid atau surau ni tetapi janganlah sampai terlena dan tidur ditengah-tengah masjid.


Kalau setakat baring hilangkan penat boleh lah tetapi tengok pada keadaan sekeliling jugak. Jangan sampai menghalang orang lain pula hendak solat. Satu lagi dah tahu kita jenis suka berdengkur jadi janganlah memanjakan diri kita tidur di tempat awam terutama tempat ibadat. Bukan jer malu kat orang tapi boleh buat orang tengah solat hilang tumpuan dan tak kusyuk.  


2)  BERBUAL DAN KETAWA KUAT    
Ingatkan budak-budak sahaja yang suka buat bising tetapi orang dewasa macam kita ni pun apa kurang hebatnya. Malah lebih teruk dari kanak-kanak pun ada. Iyelah kita ni dah boleh fikir mana baik burukkan, kanak-kanak memang tugas dorang tahu main dan enjoy je.


Sebelum kita masuk ke rumah Allah cuba fikir balik apa tujuan kita sebenarnya nak masuk ke rumah Allah? Nak berbual? Nak main? Nak ketawa? Nak tidur? Atau saje suka-suka.


Inilah masalahnya terutama bagi kaum perempuan yang memang tersedia maklum banyak sangat gosipnya kan. Nak sembang pun berpada-pada lah jangan sampai suara tu kuat mengalahkan tok imam pula. Kita mungkin tak sedar atau terleka bila kita bersembang bagai nak rak tu diselang seli pula dengan ketawa mengilai sedangkan ada orang lain sedang solat mungkin akan buat dia terganggu. Yela mana tidaknya tengah baca tahiyyat tiba-tiba terdengar suara orang mengilai. Kecut perut orang tu ingatkan langsuir mana la dalam masjid. Bila dah kecut perut tu mesti hati dia tak tenang dah kan.  


Sebenarnya banyak lagi gangguan-gangguan untuk khusyuk solat ni. Namun yang diatas ni memang sering berlaku dalam masyarakat kita sehingga hari ini. Kita beringatlah dan pesan sesama sendiri jangan disebabkan perbuatan kita orang lain sakit hati dengan kita. Free je kita kumpul dosa....Tak pasal-pasal kan...


Sekian dan renung-renungkanlah bersama.


p/s : share untuk renungan bersama
sumber asal :

Khamis, 10 November 2011

MASIHKAH ADA CINTA UNTUKKU

Sungguh indah saat diri kita dicintai dan diri kita mencintai. Saat bercinta kita selalu leka dan buat kita lupa andai kita bakal kehilangan CINTA. Bila tiba saat CINTA meninggalkan kita, mulai timbul berbagai perasaan halus yang bermaharajalela dihati kita. 

CINTA suatu yang subjektif yang amat mengasyikkan dan mampu membuatkan seseorang tersenyum bahagia. Kata orang CINTA adalah segala-galanya buat seseorang. CINTA akan datang dan juga pergi pada bila-bila masa sahaja tanpa diundang dan tanpa dihalau. Fitrah manusia telah dikurniakan naluri untuk merasa CINTA.



Ke mana hilangnya CINTA bila segala-galanya ku serahkan hanya kerana sebuah CINTA?? Hati mula dipukul badai pilu yang mencucuk jiwa untuk terus bersedih dan merana. Saat ini kita masih lagi leka dengan kesedihan tanpa menghiraukan apa sebenar CINTA. Air mata mengalir tatkala hati mula luka berdarah. Ngilu, pilu, pedih dan azab itu yang dirasakan saat ini.

Dalam tangisan masih menyalahkan CINTA yang dikecewakan dan mula tumbuh benih ‘benci’, ‘sakit hati’dan ‘geram’ silih berganti. Leka yang memaksa hati akan memakan diri sehingga persekitaran tidak lagi dipedulikan. Sering kali hati bertanya “MASIHKAH ADA CINTA UNTUKKU??”.


Suara halus kedengaran “Sabarlah....Tenangkan hati dan fikiran. Cintamu tak pernah hilang andai dirimu dekat dengan-Nya...Bangkitlah...”

Saat itu juga bibirku beristighfar merenung jauh ke hadapan. Bermunajat sendirian mendekatkan diri kepada Allah bagi mendapatkan CINTA sejati dari-Nya. Dia tidak pernah meninggalkan aku walaupun aku pernah meninggalkannya dek leka dengan CINTA duniawi. Betapa kejamnya aku ini sanggup meninggalkan Dia walaupun Dia setia bersamaku dalam apa jua keadaan.

Kini apa yang ku rasakan CINTA sentiasa wujud di hati kita walaupun orang yang memberi CINTA itu meninggalkan kita. CINTA Allah Maha Agung dan tidak pernah hilang mahupun lenyap. 

Hatiku mula merasa tenang kerana ku telah mendapat CINTA ku kembali yakni CINTA ILAHI. Ku dambakan sayang dan kasihku hanya buatMu tanpa berbelah bagi lagi.


Nukilan Abadi : Cik Nor ~ http://celotehciknor.blogspot.com/ ~