Emm...Alhamdulillah Cik Nor baru sahaja siap lunch. Menu hari ini nasi kerabu. Nyum..nyum..nyum sedap sehingga menjilat jari. Lagi tambah selera ia hasil air tangan ibu tercinta. Siapa boleh lawan air tangan ibu kan walaupun just goreng telur je. Betol tak?...
Berbalik pada tajuk entry Cik Nor petang ni "Penangan Budu Buatku Tergoda". Fokus pada BUDU ok kemudian baru TERGODA.. Aku tergoda..Aku tergoda terkeciwa....Hahaha...
Kalau korang nak tahu Cik Nor ni nama saje duduk kat pantai timur tapi "ANTI BUDU". Huhu.. Pernah masa kecik-kecik dulu Cik Nor tanya mama "Ma, sedap ke budu? Budu rasa macam mana?". Kecik-kecik mana nak tahu kan main soal jelah. Tengok mama makan budu macam best sangat jer. Apa lagi Cik Nor panjagkanlah sedikit tangan,opss bukan mencurik eks... Panjangkan tangan cubit ikan sikit cicah dengan budu mama tadi. Grrrr...Tak sedaplah masin plus apakah rasanya entah. Yang pasti jelas terang lagi nyata BUDU MEMANG TAK SEDAP!!! Ha sampai macam tue sekali tindakan Cik Nor. Huhu jangan marah bagi peminat BUDU!!!
Pendek cerita ke mana sahaja Cik Nor pergi ramai pulak suka makan budu ni. Rimas betul rasa. Sana sini WAJIB ada BUDU. Macam VIRUS la pulak. Ngeri Cik Nor rasa. Dalam adik beradik pulak memang hantu BUDU jugak. Adoi parah! Sedara mara tok sah cakaplah HANTU jugak. Gara-gara BUDU orang selalu cakap Cik Nor bukan orang pantai timur. Apa kaitan pulak dorang ni,dalam IC dan Surat Beranak terpampang Cik Nor asal berasa dari Kuala Terengganu tau. Hehehe...
Tahun berganti tahun bulan berganti bulan dan hari berganti hari... Oh yea Cik Nor sudah tergoda dengan budu. Aik kenapa? Macam mana? Betul ke? Mengarutlah... Ini bukan cobaan ini betul-betul lah... Tapi... Hehehe ada tapi jugak....
>>>>>>>>>>>>>>JENG JENG JENG>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Cik Nor hanya tergoda dengan BUDU CAP KETEREH sahaja. Badannya kecik molek sama lah macam Cik Nor.
Mula-mula memanglah Cik Nor ANTI jugak dengan semua spesis BUDU ni. Mana tidaknya rasa dahlah masin lepas tu gatal pulak. Tak sangguplah nak menggaru sana sini. Penangan Budu Cap Ketereh ni membuka sinar baru selera Cik Nor. Botol nampak kecik tapi auranya mampu mencairkan selera sesiapa sahaja. Cik No mula terjebak dengan kancah Hantu Budu nie masa bulan puasa baru nie. Yup memang terlalu baru lagi lah.
Air tangan mama jugak yang menambahkan lagi selera. Masa tue sambal belacan tak buat so budu tue sahaja yang ada. So dengan lemah longlai rasa la sikit. Oh mak sedap weh!!! . Cik Nor makan dengan seleranya. Bermula saat itu Cik Nor start makan budu tapi lom jadi Hantu lagi. Ikut mood jugak, kalau rasa nak makan baru lah makan.
Orang cakap budu cap ketereh ni tak macam budu lain. Budu ni dia masak. Ha lagi satu budu ni tak masin macam spesis budu yang lain. Agaknya sebab tue kot Cik Nor boleh tergoda kat budu ni. Untuk menyedapkan lagi budu ni mama ajar hiris serai dan bawang merah. Pastu perah limau nipis. Then tenyeh-tenyeh cili dalam budu tadi. Ummpp sedap!!
SELAMAT MENJAMU SELERA. KORANG PUN CUBALAH EKS.. PASTI TERGODA!!!
TERIMA KASIH KORANG SUDI BACA CELOTEH MERAPU CIK NOR...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan