Isnin, 31 Oktober 2011

SALAM AIDIL ADHA 2011

Lagi 6 hari ummat Islam akan meraikan Aidi Adha. Cik Nor ucapkan "Selamat Hari Raya Aidiladha" untuk semua. Semoga di hari mulia ni kita mendapat barakah dan syafaat dari-Nya. CN reka khas e-kad untuk tatapan semua.


CN nak kongsi sedikit mengenai Aidil Adha ni. Bagi sesetengah negeri dalam negara kita tak ambik peduli sangat dan dorang tak meriah berbanding Kelantan dan Terengganu. Kenapa semua tu boleh berlaku??... Sepatutnya semua yang bergelar ummat Nabi Muhammad patut meraikannya sempena sejarah nabi Ibrahim.

“Tiada sesuatu amalan yang dikerjakan oleh anak Adam  pada Hari Raya Haji yang lebih disukai Allah  daripada menumpahkan darah (ibadat KORBAN)”
~sabda Rasulullah~ 


Sama-sama kita hayati sabda Rasulullah di atas. Allah amat menyukai hambanya melakukan ibadat korban. Sedikit info yang Cn nak kasitahu kat korang. Mungkin masih ramai yang terlupa atau tidak ambil peduli langsung pasal Aidiladha ni. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

CN rasa masa nak sembelih lembu tu lah paling meriah kan selepas solat Raya Aidil Adha. Bukan apa masa tu 'macam-macam ragam' lembu tu sebelum mata pisau menghiris urat leher. Ada jugak kes kejar lembu yang lari, ada yang kena tendangan kaki lembu dan macam-macam lagi.  

Tapi pesan orang tua-tua jangan terdetik dihati kita "cian lembu tu....". Ini kerana ia boleh jatuh HARAM dan berdosa bagi orang yang berniat begitu untuk makan daging korban tersebut. Beringatlah semua yer supaya kita lebih berhati-hati dan berpada-pada la masa mana harus ada rasa simpati dan kesian tu.

SELAMAT HARI RAYA ADILDHA...

p/s : CN izinkan saper2 nak copy or edit n share kt FB...:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan