Khamis, 10 November 2011

AKU BUKAN SEORANG CIKGU…

Salam berbahagia hendak-Nya... Camne korang hari ni?? CN arap semua baik2 la yer. J
Post kali ni CN nak cerita mengenai AKU BUKAN SEORANG CIKGU.

Actually ia pasal diri CN sendiri. CN bukan seorang pendidik atau senang faham bukan cikgu la. CN hanya seorang designer & juga bisnesswoman. Sebut jer bisnesswoman mesti korang fikir CN kaya raya kan??? Hehehe jangan berangan dulu k. CN bukan orang kaya tapi alhamdulillah senang dengan rezeki yang Allah bagi ni.


Kenapa agaknya dengan tajuk post ni dengan CN ka. Macam takde kaitan langsung punkan. Hehehe rajin benor korang fikir bukan2 kan.Yup CN bukan guru tapi CN masih mampu memberi ilmu @ tunjuk ajar kepada orang lain. Korang rasa nak gelarkan apa CN ni???hihihi

Sekarang CN sedang memberi ilmu kepada seorang jiran fresh mahasiswi berkenaan design ni. CN tak adalah pandai sangat tapi so far ilmu yang CN ada ni boleh la dikongsi sikit2 kat sesiapa.

Pengalaman CN mengajar dia ni alhamdulillah semua ok dan dia pun nampak dah boleh tersenyum. Yela masa mula2 datang kat CN tu kan, muka dia macam ayam berak kapur. Kesian pun ada masa tu. Sekarang alhamdulillah..CN pun turut gembira dengan perkembangan dia dan latihan yang dia buat tu.

Buat tatapan semua ini luahan CN buat insan yang pernah menerima ilmu dari CN....


Walaupun CN bukan cikgu tapi CN harap CN akan terus memberi ilmu & berkongsi ilmu  serta pengalaman CN dengan sesiapa saje. Kerja seorang guru amatlah mulia dan jika memberi ilmu yang baik insyaallah akan dikenang & pahala pun dapat.

p/s: Harap dimanfaatkan yer.. Walaupun hanya memberi sedikit ilmu tetapi jika ikhlas insyaallah pasti ada ganjaran. (http://celotehciknor.blogspot.com)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan