(Jumaat - 18 November 2011)~ disediakan oleh Cik Nor
Cinta tidak mengenal erti lama atau pun singkat. Bila cinta sudah berpadu janji mengapa harus melengahkan masa untuk mengikat janji.
Itulah jalan terbaik bagi pelakon utama drama bersiri Juvana Zahiril Adzim, 27 tahun dan juga tunangnya pengacara Majalah Wanita Hari ini Shera Aiyob, 25 yang telah sepakat untuk mendirikan rumah tangga pada 20 November ini.
Jom kita korek sedikit pasal pasangan ni yer. Tak sabar rasanya kan nak tengok majlis kahwin dorang ni. Dengar cerita dorang ni dah berkenalan selama 18 bulan kira-kira 1 tahun 6 bulan la camtu. Awal bulan Mei baru-baru ini dorang telah pun bertunang kat rumah Shera di Taman Tasik Indra, Ipoh. Serba pink u...hehehe.
Moh ler tengok gambar-gambar tunang dorang ni dulu.
Cantikkan hantaran-hantaran ni kat bwah ni. CN suka sangat macam kat muzium pulak duk dalam kotak kan. Keluarga Zahiril membawa 7 dulang dan di balas 11 dulang oleh pihak Shera.
20112011 tarikh yang teramatlah cantik dan unik yang telah dorang pilih untuk mendirikan masjid. Tinggal 2 hari sahaja lagi. Mesti dup..dap..dup..dap.... jantung dorang kan. Biasalah bakal menjadi raja sehari kan. Majlis resepsi akan diadakan 17 Disember di Kuala Lumpur.
Kat bawah ni CN nak kasi korang tengok kad kahwin Zahiril & Shera. Cute plus comel. Jom layan....
Betol tak cakap CN?? Comelkan kan kan?? Sesaper yang dapat kad ni boleh la pergi dan bagi yang tak dapat tu janganlah sedih-sedih yer. Doakan agar majlis dorang ni berjalan lancar. Nak tengok gambar lagi?
Layan gambar pra perkahwinan dorang pulak. Ala-ala zaman 60-an gitu. Pesta muda-mudi la katakan.
CN doakan Zahiril dan shera akan kekal bahagia dunia akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan