Jumaat, 18 November 2011

CANGGIH PERHENTIAN BAS BERHAWA DINGIN DI BANDAR KINRARA

(Jumaat-18 November 2011)~ disediakan oleh Cik Nor

Unik & menarik serta mengagumkan satu perhentian bas berhawa dingin telah dibangunkan di hadapan pejabat Trinity Group di Zest Point Bandar Kinrara, Puchong. Ia akan mejanjikan keselesaan kepada para pengguna dan kini ia telah pun beroperasi sejak semalam.

Menurut sumber hmetro, perhentian bas ini beroperasi pada setiap hari dari jam 6 pagi sehingga 11 malam. Manakala penyaman udara di situ beroperasi hanya dari jam 9 pagi hingga malam sebagai langkah penjimatan tenaga.

Kos perbelanjaan bagi membina perhentian bas tersebut adalah sebanyak RM83,000 yang ditampung sepenuhnya oleh pihak pemaju butik bersepadu, Trinity Group Sdn Bhd (Trinity Group).

Disebabkan perhentian bas ini terlalu 'canggih', sebagai langkah keselamatan ia turut dilengkapi kamera sistem litar tertutup (CCTV) dan juga rondaan berkala beberapa pengawal keselamatan yang ditugaskan Trinity Group.

Perhentian bas berhawa dingin pertama di Malaysia itu mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) dan penyampaian sijil pengiktirafan itu disampaikan Pengasas merangkap Pengarah Urusan MBR, Datuk Danny Ooi semalam.

Dibawah adalah gambar Ooi (lima dari kiri) menyerahkan sijil pengiktirafan kepada Neoh, semalam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan