Isnin, 28 Mei 2012

ROS MENTARI

Mawar : Ros kenapa ko menangis?

Ros diam dan terus mengalirkan air mata.

Mawar : Aku tahu ko mesti ada masalah. Kalau tak, takkan ko nangis sampai bengkak mata camni. Ko ceritalah dengan aku Ros. 

Ros : Emm... Aku..Aku...(bahu terhenjut-henjut berjuraian air mata). Aku rindukan dia mawar.


Mawar : Ya Allah Ros tak kan sampai camni ko nangis sebab dia. Dia kan dah tinggalkan ko. Atau dia contact ko?


Ros : Emm..errr


Mawar : Betul?


Ros : Dia call aku tadi. Dia cakap dia rindukan aku... Aku pun rindukan dia sangat-sangat. Tapi apakan daya aku.


Mawar : Sabar Ros. Emm.. Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi. Tapi aku tak faham kenapa ko boleh nangis teruk cmni. Selama ni pun ko selalu rindu dia tapi tak pernah sampai camni.


Ros : Entahlah Mawar... Aku tak boleh hidup tanpa dia. Dia satu-satunya lelaki yang aku sayang dan cinta. Dia lain dari yang lain.


Mawar : Emmm...

Mawar cuba sabarkan Ros yang masih menangis. Mawar hanya mampu membiarkan Ros menangis sepuas-puasnya malam ini.

Malam itu Mawar menemani Ros sehingga keduanya tertidur. Esoknya...

Ros : Mawar....


Mawar : Ye Ros kenapa? Ko sedih lagi ya... Sabar ya.. Aku tahu ko kuat semangat.


Ros : Emm... Dia dah nak tunang Mawar..


Mawar : Apa?! Dia bagitahu ko ke?


Ros : Emm...


Mawar : Aku dah agak mesti dia buat something yang buat hati ko terluka. Bila dia nak tunang?


Ros : Lepas raya nanti.


Mawar : Kenapa dia boleh inform kat ko pasal ni ha? Sengaja nak sakitkan hati ko ke? Aku geram betol dengan dia tu. (Marah Mawar)

Ros mula mengangis lagi...

Ros : Aku tak tahu Mawar. Tapi dia cakap dia sayang aku lagi.


Mawar : Sudahlah Ros. Kalau dia sayang kat ko takkan nak tunang dengan orang lain pulak. cuba ko fikir baik-baik. Dahlah nak tunang pastu boleh bagitau ko pulak. Saja nak sakitkan hati ko lah tu.


Ros : Entahlah Mawar....

Keadaan sunyi lagi suram seketika.

Mawar : Camnilah Ros. Aku memang tak mampu fahami sepenuhnya jiwa ko sekarang tapi aku tahu ko sedih sangat. Aku nasihatkan ko lepaskan dia pergi dengan baik.. Tapi aku tak suruh ko benci dia.


Ros : Emm.. Aku sayang dia dan tak boleh hidup tanpa dia...


Mawar : Ko boleh terima dia bertunang?


Ros : Itu pilihan dia.


Mawar : So? 


Ros : Aku tahu kami dah break tapi dia still contact aku dan selalu luah perasaan kat aku.


Mawar :Emmm.. Tu masalah sebenarnya.

Mawar cuba mencari ayat untuk menasihati temannya yang sedang berduka agar hatinya tak parah.

Mawar : Ros.. Kalau dia sayang kat ko.. Dia tak tinggalkan ko dan takkan bertunang dengan perempuan lain. Mybe betul dia still sayang ko sebab ko pernah ada dalam hati dia tapi sekarang mybe tak lagi. Ko bukan pilihan hati dia untuk dijadikan teman hidup dia. Ko kena faham dan terima hakikat.

Ros hanya terdiam dan terus menangis. Air matanya terus-terusan keluar membasahi pipi. Sepanjang malam Ros tidak dapat melelapkan mata. Fikirannya terus melayang dan dia terus hanyut dengan perasaan sendiri.


" Maybe betul apa yang Mawar cakapkan." Desis hati Ros.


"Aku sayang sangat kat dia tapi kenapa dia sanggup buat aku camni? Apa kurangnya aku? Emmm ya aku tak cantik macam perempuan tu, aku tak ada ijazah macam perempuan tu, aku tak kaya macam perempuan tu dan boleh kata aku kurang dari perempuan tu. Aku tak boleh hidup tanpa dia. Aku rindu dia...Papa...." Hati Ros dan fikirannya bergerak seiring meluah rasa terbuku.


Tit...Tit...Tit...


"Salam ibu... Dah tidur ke?"


Ros tersenyum dalam tangisan. Jemarinya pantas membalas kiriman sms yang diterimanya.


"Wassalam.. Belum lagi."


"Ibu buat apa tu tak tidur lagi ni. Dah lewat ni"


"Emm tak ada apa-apa."


"Jangan tipu papa.. Ibu menangis ya sayang"


"Emmm..."


"Kenapa ni.."


"Ibu rindukan papa..."


"Emm..Papa pun rindukan ibu. Papa sayangkan ibu. Papa tak boleh ibu tak ada...Tapi..."


"Tak apalah papa. Ibu faham... Emm"


Ros dan Mentari terus berbalas sms sehingga lewat pagi.


Beberapa bulan kemudian Mentari selamat ditunangkan dengan pilihan hatinya. Ros kian bersedih dan selalu menangis. 


Mawar : Ros sabarlah. Ko kena kuat dan belajar terima hakikat.


Hari terus berlalu dan Ros hidup dalam kepura-puraan. Dia tidak lagi murung dan menangis dihadapan orang terutama Mawar. Namun hatinya masih pilu dan masih menanti penuh harapan walaupun dia sedia maklum tiada peluang dan ruang untuknya lagi. Bagi Ros, Mentari adalah segalanya buat dia.


Walaupun sudah menjadi tunangan orang namun Mentari masih menghubungi Ros. 


Sekian....


Karya : nor - http://celotehciknor.blogspot.com/
....................................................................................................................................................................
p/s : Hati wanita cukup lemah dan mudah terpujuk. Tapi lelaki tidak harus mempermainkan hati wanita sekiranya sudah ada pilihan hati. Wanita sentiasa mengharapkan lelaki yang amat dia sayang walaupun dia tahu lelaki itu bukan lagi miliknya. Lelaki pula haruslah melepaskan wanita yang pernah dicintai dengan baik dan tidak perlu bermuka-muka dengan mengatakan sayang dan rindu.

Ahad, 27 Mei 2012

SIKAP LEBIH BERHATI-HATI


Payah sangat nak spent time untuk blog ni. Sorry ye semua reader. Nor busy sangat dan semalam pulak terlantar sakit. Emm sakit tu ujian dari Allah hanya untuk menguji tahap kesabaran kita ni. Hari ini alhamdulillah Nor dah sihat sikit tapi tak dapat ngadap laptop jugak sebab busy berniaga. Entah bila Nor akan ada masa yang cukup untuk sentiasa update blog ni kan?.. No answer for this Q...Hehehe.. Tapi insyaallah jika ada kelapangan banyak benda yang ingin share kat sini. Share apa patut sahaja tau tak boleh lebih-lebih.. Kena berhati-hati jugak. Betol tak???

Berhati-hati apa pulak ni... Yelah sebagai manusia kita tak boleh lari dari sebarang kesalahan kan so kita kena berhati-hati dari setiap segi lah. Tapi SIKAP LEBIH BERHATI-HATI yang Nor nak share ni bukan hati-hati menulis blog tapi hati-hati dengan orang sekeliling kita ni. 

Nor nak share satu kisah benar dengan reader semua agar kita ambil iktibar dan bersikap lebih berhati-hati.


Zul merupakan kawan Siti di tempat kerja lama. Mereka tidak saling mengenali namun tetap bertegur sapa. Dua tahun kemudian...Siti mempunyai masalah dan tiba-tiba teringatkan Zul.

Siti : Salam...Zul apa khabar?
Zul : Wslm ya siti ada apa ni tetiba sms..
Siti : Emm Siti nak mintak tolong sikit ni.(bla..bla..bla...Siti menceritakan masalahnya)
Zul : Ok no problem nanti Zul tolong k.

Esoknya segala permasalahan Siti diselesaikan oleh Zul.

2 hari kemudian...

Zul : Salam.. Siti nak mintak tolong boleh tak?
Siti : Wslm..Ye Zul ada apa tu?

Beberapa minit kemudian Zul call Siti.

Zul : Emmm... Boleh tak Zul nak pinjam duit sikit? Zul ada masalah.
Siti : Nak banyak mana?
Zul : 400...
Siti : Ok nanti datang ambil k.

Zul datang mengambil duit RM400.00 dengan Siti dan berjanji akan membayar balik pagi esoknya. Pagi esoknya....Tengahari esoknya...Petang esoknya..Malam esoknya....Dan hari esok-esok seterusnya.... Zul tak muncul-muncul dan memberi alasan sibuk.

Sampai berminggu-minggu Zul diam seribu bahasa. Sms Siti tidak diendahkan Zul. Siti menangis dan tak mampu berkata apa-apa kerana itu adalah duit simpanan dia. Siti masih mengharapkan Zul kembalikan duit tersebut.

Sedihkan kisah kat atas ni. Ini adalah kisah benar yang Nor peroleh dari Siti sendiri. Terima kasih Siti kerana sudi share dan bagi peluang Nor share kepada reader blog. Lumrah manusia ada yang baik dan ada yang jahat. Hanya segelintir yang jahat dan suka menindas yang baik. Dunia kini memandang duit namun kenapa harus kita menindas kaum yang lemah dan mempergunakan kebaikkan orang. 


Siti seorang yang baik dan tabah. Semoga dia tabah dan mendapat balik duit tersebut. Walaupun nilai kecik bagi sesetengah orang namun ia cukup banyak bagi Siti yang makan gaji. Bagi diri kita semua perlu lebih berhati-hati walaupun orang itu pernah tolong kita atau baik dengan kita. Hati orang kita tak nampak hitam atau putih walaupun dikepala berkupiah dan bertutup litup. Semoga orang yang menganiayai orang lain akan diberi ganjaran setimpal dan diberi pengajaran.

SIKAP LEBIH BERHATI-HATI perlu ada dalam diri kita walaupun sesama adik-beradik. Berhati-hati sesama kita kerana kita tak tahu siapa yang akan mengkhianati kita atau menindas diri kita. Semoga kisah Siti dapat kita jadikan iktibar...

Ahad, 20 Mei 2012

DESIGN CENDERHATI HARI GURU 2012


Hari ni tak nak taip panjang-panjang. Just nak share contoh-contoh design sempena Hari Guru 2012 pada 16 Mei baru-baru ini.

Jom tengok dan nak komen pun boleh...

DESIGN 1

>>> ditempah oleh Sekolah SESMA
>>> 64 orang cikgu semua sekali so 64 design la kena buat
>>> design ni dilekatkan pada tiles


DESIGN 2


>>> ditempah oleh Sekolah SKKT
>>> just backdrop untuk tampal pada pentas





DESIGN 3


>>> cenderhati adik untuk cikgu-cikgu
>>> frame yang di laminate




Tiga-tiga design ni on the spot buat pada 15 Mei 2012. So memang bz time tu dan yang menyedihkan masa tu birthday.. Nak buat macam mana kan dah tugas as designer so kena siapkan yang customer dulu.


SELAMAT HARI GURU!!! :)


Rabu, 16 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU 2012


Tanggal 16 Mei 2012 detik manis buat sesiapa yang bergelar "GURU". Buat semua guru-guru diseluruh dunia "SELAMAT HARI GURU 2012".

Untuk hari yang special ni Nor dengan murah hati spent time dan design khas buat semua yang bergelar cikgu. Harap you all like la yer...


SELAMAT HARI GURU 2012 buat ma tersayang, pakcik-pakcik dan abang serta kakak ipar. Jadilah seorang guru yang ikhlas memberi ilmu dan mendidik anak bangsa. 

Teringat masa jadi cikgu dulu. Walau sementara tetapi title "CIKGU" sentiasa meniti di bibir yang pernah menjadi anak murid Nor. :)

Semoga guru-guru semua berbahagia hari ini...SELAMAT HARI GURU 2012..

Isnin, 14 Mei 2012

STIKER HARI GURU


Hai you all.. How are you today? Hope everyone happy and enjoy your days. Hehehe gatal pulak nak speaking kan walaupun tunggang terbalik. Nor tak dapat spent time dengan blog sebab tak berapa sihat. 

Semalam pergi mengurut.. Emmm makcik tukang urut bilang tulang rusuk sebelah kanan 'lari'. Entah lari ke mana kan tak larat nak kejar. Hehehe... Ok..ok serius tulang rusuk Nor belok dan senget. Senget macam mana pun tak tahu tak nampak. Makcik tu aje yang nampak. Kat belakang memang empunya badan tak nampak kan. Korang nih. Ni pun still sakit lagi tapi sakit tu kan ujian dari Allah kan. So sabar lah...:)

Ha nak cerita kat korang ni. Semalam maksu call dan minta tolong Nor design STIKER HARI GURU untuk anak bongsu dia. Tolong pun berbayar tau. Adat berniaga la cik kak, mana kenal saudara. Ahaks.... Ahaks...Ahaks...

So mulalah tugas mereka cipta. Maksu cakap nak letak kat mug. Nak tampal kat mug. Nak stiker kecil aje. Bagi orang nampak cukuplah. Ayat nak letak ---------------->>>>>

SELAMAT HARI GURU
TERIMA KASIH KERANA MENGAJAR & MENDIDIKKU
DARIPADA : NIZARUDDIN

Emmm very simple kan? Tak perlu fikir panjang sebab maksu nak simple jer.. Ok!

Jeng..Jeng..Jeng...10 minit berlalu....

NAH INILAH HASILNYA...STIKER HARI GURU..


Amacam?? Cantik tak? Hehehe...Colorful lagi...

Khamis, 10 Mei 2012

SEORANG IBU TAK BERPERIKEMANUSIAAN


Pepagi layan Metro online. Terpandang video yang Nor nak share dengan korang ni. Maybe ramai dah tengok tapi bagi yang belum tengok harap tengoklah dan buka mata hati anda terutama bakal-bakal ibu. SEORANG IBU TAK BERPERIKEMANUSIAAN.


Dah habis tengok???

Ini lah contoh SEORANG
IBU TAK BERPERIKEMANUSIAAN.

Menurut hmetro kes ni tahun lepas punya (29 Mei 2011) tapi baru tersebar kat internet semalam. Memang hairan siapa yang rakam semua ni?? Masa tengah rakam tu tak ada sifat perikemanusiaan jugak ke? Sanggup jadi jurukamera pulak. Kalau si ibu sendiri yang rakam memang cari nahas la dan mengaibkan diri sendiri.


Bayi perempuan tu baru berusia 10 bulan. Apa kesalahan dia sehingga diperlakukan sedemikian rupa. Menurut sumber lagi perempuan tu warga Indonesia tapi mempunyai taraf tetap di negara kita. Akibat perbuatan terkutuk dia telah ditangkap pada hari sama dan dipenjarakan selama 18 bulan. Sekarang masih kat penjara.


Korang rasa berbaloi ke dengan 18bulan?? Harap dia sedar dan insaf lah kan. Buat apa mengandung kalau nak jadikan anak habuan sepak terajang. Entah apa nasib bayi perempuan tu. Tiada sebarang berita tentang bayi tersebut.


Rabu, 9 Mei 2012

SUMPAHAN MAKSIAT


Hai warga pembaca semua. Selamat petang.. Mesti ada yang tengah syok tidur kan. Bagi yang kerja pula mesti tu menguap je kan kan kan. Hehehe tutup mulut tu kak, kang masuk taik cicak pulak. Nor tengah layan drama Filipina kat TV3 tu. Ala yang tayang pukul 3 petang tu. Apa ke tajuk yer tiba-tiba lupa plak. Pelakon Dingdong yang hensem tu berlakon. 

hencem kan si Johny ni aka Dindong...
Ha drama "ENDLESS LOVE".. Hehehe sempat jeling kat tv kejap. huhuhu... Wow Andrew melamar Jenny Cruz... "Will you marry me?".. Cewah cewah... Hehehe mengada la plak aku nih.

Ok berbalik kepada topik asal yer. Jangan marahkan Nor kerana melengahkan cerita yer. Senyum sokmo deh. :)

SUMPAHAN MAKSIAT

Tengok tajuk utama entry ni memang gerun. Ok tak nak cerita banyak-banyaklah korang just play dan saksikan video kat bawah ni. 



Ngerikan. Cerita ni berlaku kat Paloh dan Nor sendiri tak pasti spesifik tempat tu. Walau apa pun berlaku kita boleh ambil pengajaran dari apa yang telah berlaku. Allah Maha Kuasa dan hanya sekelip mata Dia boleh membalas perbuatan kita. Nauzubillah... Sama-sama ambil iktibar yer...


Isnin, 7 Mei 2012

AMALAN TAMBAH REZEKI


Selamat pagi semua. Ada 8 minit lagi menjelang tengah hari. So kira sekarang still pagi lagi kan.  Pagi ni dah rasa penat sebab semalam tidur lambat. Sekarang ni memang tak boleh tidur lambat dah. Buat kali kedua pagi ni pergi pejabat TNB lagi nak setle saluran elektrik homestay. Alhamdulillah dah setle just tunggu dorang datang pasang meter jer. So lambat lah Nor buka kedai hari ni. Orang cakap lambat buka kedai rezeki tak masuk or masuk sedikit je. Iya ke?


Terkejar-kejar dari bandar semata-mata nak buka kedai dan mengejar sesuatu yang amat penting. Apa dia eks? Korang nak tahu ke? Apa yang Nor kejar tu berkenaan AMALAN TAMBAH REZEKI. Semua orang nak rezeki lebihkan. Tapi macam mana nak dapat?


Kena join MLM ke? Kena jual produk sampingan ke? Atau kena buat banyak job?


Banyak cara nak dapat rezeki ni sebab rezeki Allah berada di mana-mana sahaja dan cukup luas. Ada usaha insyaallah akan ada hasilnya. Apa yang penting lakukan kerja yang halal ok. 


Mesti korang tertanya-tanya apa AMALAN TAMBAH REZEKI tu?


CUKUP MUDAH DAN CUKUP SENANG. Insyallah korang pasti boleh buat. 

Amalan tambah rezeki yang cukup mudah adalah " SOLAT DHUHA"


Rasanya ramai pernah dengar tentang Dhuha ni kan? Korang tahu tak betapa besar nikmat dan  banyak manfaat solat dhuha ini.


Solat dhuha hanya dua rakaat dan ditunaikan antara pukul 8.00 pagi sehingga pukul 11.00 pagi. Itu istimewanya Dhua. Waktu matahari naik sehingga matahari condong. Tapi time apa yang menyedihkan tu ramai yang berkejar nak isi perut kan? Apa salahnya korang luangkan masa 5 or 10 minit untuk solat Dhuha ni.




Kelebihan Dhuha
1) Ia merupakan satu sedekah yang mudah di waktu pagi.
2) Allah memberikan rezeki yang cukup setiap hari dan menolak kepapaan.
3) Dapat pahala seperti kerjakan haji atau umrah.
4) Diampuni dosa-dosa.




Antara doa yang korang boleh baca selepas solat Dhuha seperti kat atas ni. Atau korang boleh karang doa korang sendiri tapi dinasihatkan janganlah korang mohon untuk cepat kaya semata-mata.

Pohonlah untuk diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan harian serta diturunkan rezeki dari langit dan jauhi dari kepapaan. Juga pohonlah untuk untuk mendapat kekayaan kerohanian untuk bekalan akhirat kelak.

Segala harta yang kita dapat di dunia tidak akan kekal lama dan tidak akan dibawa bersama apabila kita mati nanti. So renungkanlah ya dan jangan lupa amalkan DHUHA dengan ikhlas hati. Insyaallah akan ada ganjaran untuk korang. 

Alhamdulillah Nor amalkan setiap hari dan bersyukur dengan pemberian Allah setiap hari. Ok nantikan entry seterusnya Nor akan share AMALAN TAMBAH REZEKI KEDUA. Jumpa lagi...


Sabtu, 5 Mei 2012

KEUNIKAN DAN KEENAKKAN JAMBU GAJUS


Hari ini nor nak share menu lunch yang cukup lazat. "KEUNIKAN DAN KEENAKKAN JAMBU GAJUS"Korang kenal atau pernah dengar tak "JAMBU GAJUS"? Nor rasa ramai yang tak kenal kot. Kalau yang kenal pun maybe payah nak jumpa. Kalau biji gajus yang dah packing tu berlambak la kat market. Tapi harga pun boleh tahan jugak padanlah dengan kepupusan spesis tanaman ni. Jom berjinak-jinak dengan jambu gajus ni.

Pohon jambu gajus rendang jer dan daun pun lebat. Ha macam gambar kat bawah ni ha. Boleh la kalau nak bergayut ala-ala tarzan tu. hehehehe.... 



Daun besar dari daun pokok biasa. Tapi uniknya pucuk daun jambu gajus enak dibuat ulam. Pucuk dia warna hijau kemerahan. Rasanya kelat sedikit tapi makan dengan nasi lazat lagi menyelerakan. Nak buat ulam laksa pun boleh jugak. Asalkan ulam sudah...


Biasa korang tengok biji je kan yang berlambak kat market. Macam gambar kat bawah ni. Biji dia kekuningan dan rangup. Makan sebiji memang tak cukuplah. Kalau satu plastik macam ni Nor sorang boleh habiskan. Betapa sedap dan enak. Korang try la pasti akan ketagih. Hehehe sedap beb!


Korang tahu tak macam mana boleh terhasil biji macam tu? Yelah pelikkan mana ada biji buah yang boleh dimakan kan. Nor dulu pun pelik jugak duk fikir buah apa yang pelik sangat ni dan sedap pulak tu. Lama kelamaan baru tahu ia bukan buah tapi biji jambu gajus. Lagi unik biji ni duk kat luar bukan kat dal buah. Emmm korang boleh imagine tak macam mana tu?

Korang tak percaya ke? Jom tengok keunikkannya. Mesti terpegun dengan ciptaan Allah yang satu ni.

Ni lah dia buah jambu gajus yang telah masak. Buahnya warna kuning .
Tengok betol-betol biji dia warna coklat kehitaman.
Bunga jambu gajus warna kuning kemerahan.
Buah-buah yang masih kecil lagi. Biji besar dari buah.

Ada jugak buah yang berjeragat tapi still boleh makan.
Ada orang bertanya boleh makan ke buah jambu gajus ni??? Mestilah boleh tak nak makan biji dia ajer. Tapi buah dia tak sama macam dulu. Kalau dulu buah dia manis dan kelat sedikit tapi sedap. Tapi sekarang ni buahnya semua kelat. Nak jumpa yang manis tu memang teramatlah payah. Walaupun tak sedap dimakan macam tu je tapi still boleh makan la. Korang jangan risaulah kalau terliur nak makan.

Buah dia korang boleh buat sayur. Apa sayur???!!! Iya sayur lemak. Lazat dan enak.. Emm jom Nor kongsi simple menu ok so korang boleh masak sendiri la. Jom masuk dapur ye... 

BAHAN-BAHAN :
- jambu gajus
- sotong
- santan
- bawang besar
- cili besar
- garam
- gula

CARA MASAK :
- jambu gajus dihiris memanjang
- rebus jambu gajus tadi dan setelah mendidih angkat buah jambu gajus tadi dan perah
- masukkan santan dalam periuk
- masukkan jambu dan sotong
- potong bawang besar menjadi empat dan potong cili besar. masukkan kedalam periuk tadi
- masukkan garam dan gula secukup rasa
- masak atas api yang perlahan dan kacau sehingga menggelagak.
  DAH SIAP DAN BOLEH DIHIDANGKAN.


Amacam enakkan? Warna warni pasti menyelerakan.
Sebenarnya pohon jambu ni betul-betul di hadapan pagar rumah Nor. Buahnya bermusim jugak. Biasa dua kali setahun tak pun sekali jer setahun. Sesiapa yang duk berdekatan silalah ambil ye jangan segan silu. Jangan tak tahu kalau kat pasar jual RM2.00 5 biji. Wow mahalnya. Yup betul sebab buah ni memang payah nak jumpa sekarang. Tapi sesiapa yang nak FREE boleh datang ambil kat rumah Nor jer.. :)

So camana pendapat korang? Betol tak buah gajus ni cukup unik dan enak. SELAMAT MENCUBA YA!!!

Khamis, 3 Mei 2012

BERDOSAKAH MERINDUI SESEORANG YANG KIAN MENJAUH???

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tanpa kita sedari orang yang amat kita sayangi akan pergi jauh dari hidup kita. Kata orang ADA PERTEMUAN PASTI SUDAH BERSEDIA MENGHADAPI PERPISAHAN. Betul ke macam tu? Bila berpisah akan lahir satu perasaan dalam jiwa kita iaitu "RINDU."

"BERDOSAKAH MERINDUI SESEORANG YANG KIAN MENJAUH???"


Sebagai manusia biasa lumrah dan fitrah akan hadir rasa rindu kepada insan yang pernah disayangi. Saat ini Nor juga amat merindui seseorang yang kian menjauh dan semakin sayup. Lemah tubuh tak kala rasa rindu itu mencengkam jiwa dan ringan saja tubir mata menakung air mata. BERDOSAKAH MERINDUI SESEORANG YANG KIAN MENJAUH???

Berpisah cukup pahit namun bagi sesetengah orang cukup mudah untuk melafazkan "aku ingin berpisah denganmu?". Rasa rindu itu kadangkala bukan kita bajai dan sirami namun sentiasa hadir saat kita rasa memerlukannya dan dibendung badai. Ada juga yang tiba-tiba terasa rindu.  



Awak....
Antara kita sudah ada pemisah,
Tiada lagi ruang untukku bermanja,
Tiada lagi ruang untukku mengadu,
Kini tembok pemisah menjarakkan kita.

Awak....
Inginku buang segala rasa,
Yang masih tersisa dijiwa,
Namun apakan daya,
Segala rasa buatku lara.

Awak....
Kala dan saat ini,
Hanya hadir dua rasa di hati,
Rasa rindu dan menyanyangi,
Tersisa untukmu disanubari.

Awak...
Berdosahakah diriku?
Merindui dirimu?
Salahkah hatiku?
Menangisi kesepianmu?

Awak....
Jika diri ini berdosa,
Berdoalah agar rindu tersisa,
Lenyap dari hati dan jiwa,
Agar hatiku suci dari dosa.


p/s : BUAT INSAN YANG KU RINDUI SEMOGA KAU BERBAHAGIA DAN SEMOGA RASA RINDU INI AKAN LENYAP DIHATIKU SUPAYA AKU TIDAK LAGI BERDOSA...