Sungguh indah saat diri kita dicintai dan diri kita mencintai. Saat bercinta kita selalu leka dan buat kita lupa andai kita bakal kehilangan CINTA. Bila tiba saat CINTA meninggalkan kita, mulai timbul berbagai perasaan halus yang bermaharajalela dihati kita.
CINTA suatu yang subjektif yang amat mengasyikkan dan mampu membuatkan seseorang tersenyum bahagia. Kata orang CINTA adalah segala-galanya buat seseorang. CINTA akan datang dan juga pergi pada bila-bila masa sahaja tanpa diundang dan tanpa dihalau. Fitrah manusia telah dikurniakan naluri untuk merasa CINTA.
Ke mana hilangnya CINTA bila segala-galanya ku serahkan hanya kerana sebuah CINTA?? Hati mula dipukul badai pilu yang mencucuk jiwa untuk terus bersedih dan merana. Saat ini kita masih lagi leka dengan kesedihan tanpa menghiraukan apa sebenar CINTA. Air mata mengalir tatkala hati mula luka berdarah. Ngilu, pilu, pedih dan azab itu yang dirasakan saat ini.
Dalam tangisan masih menyalahkan CINTA yang dikecewakan dan mula tumbuh benih ‘benci’, ‘sakit hati’dan ‘geram’ silih berganti. Leka yang memaksa hati akan memakan diri sehingga persekitaran tidak lagi dipedulikan. Sering kali hati bertanya “MASIHKAH ADA CINTA UNTUKKU??”.
Suara halus kedengaran “Sabarlah....Tenangkan hati dan fikiran. Cintamu tak pernah hilang andai dirimu dekat dengan-Nya...Bangkitlah...”
Saat itu juga bibirku beristighfar merenung jauh ke hadapan. Bermunajat sendirian mendekatkan diri kepada Allah bagi mendapatkan CINTA sejati dari-Nya. Dia tidak pernah meninggalkan aku walaupun aku pernah meninggalkannya dek leka dengan CINTA duniawi. Betapa kejamnya aku ini sanggup meninggalkan Dia walaupun Dia setia bersamaku dalam apa jua keadaan.
Kini apa yang ku rasakan CINTA sentiasa wujud di hati kita walaupun orang yang memberi CINTA itu meninggalkan kita. CINTA Allah Maha Agung dan tidak pernah hilang mahupun lenyap.
Hatiku mula merasa tenang kerana ku telah mendapat CINTA ku kembali yakni CINTA ILAHI. Ku dambakan sayang dan kasihku hanya buatMu tanpa berbelah bagi lagi.
Nukilan Abadi : Cik Nor ~ http://celotehciknor.blogspot.com/ ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan