Payah sangat nak spent time untuk blog ni. Sorry ye semua reader. Nor busy sangat dan semalam pulak terlantar sakit. Emm sakit tu ujian dari Allah hanya untuk menguji tahap kesabaran kita ni. Hari ini alhamdulillah Nor dah sihat sikit tapi tak dapat ngadap laptop jugak sebab busy berniaga. Entah bila Nor akan ada masa yang cukup untuk sentiasa update blog ni kan?.. No answer for this Q...Hehehe.. Tapi insyaallah jika ada kelapangan banyak benda yang ingin share kat sini. Share apa patut sahaja tau tak boleh lebih-lebih.. Kena berhati-hati jugak. Betol tak???
Berhati-hati apa pulak ni... Yelah sebagai manusia kita tak boleh lari dari sebarang kesalahan kan so kita kena berhati-hati dari setiap segi lah. Tapi SIKAP LEBIH BERHATI-HATI yang Nor nak share ni bukan hati-hati menulis blog tapi hati-hati dengan orang sekeliling kita ni.
Nor nak share satu kisah benar dengan reader semua agar kita ambil iktibar dan bersikap lebih berhati-hati.
Zul merupakan kawan Siti di tempat kerja lama. Mereka tidak saling mengenali namun tetap bertegur sapa. Dua tahun kemudian...Siti mempunyai masalah dan tiba-tiba teringatkan Zul.
Siti : Salam...Zul apa khabar?
Zul : Wslm ya siti ada apa ni tetiba sms..
Siti : Emm Siti nak mintak tolong sikit ni.(bla..bla..bla...Siti menceritakan masalahnya)
Zul : Ok no problem nanti Zul tolong k.
Esoknya segala permasalahan Siti diselesaikan oleh Zul.
2 hari kemudian...
Zul : Salam.. Siti nak mintak tolong boleh tak?
Siti : Wslm..Ye Zul ada apa tu?
Beberapa minit kemudian Zul call Siti.
Zul : Emmm... Boleh tak Zul nak pinjam duit sikit? Zul ada masalah.
Siti : Nak banyak mana?
Zul : 400...
Siti : Ok nanti datang ambil k.
Zul datang mengambil duit RM400.00 dengan Siti dan berjanji akan membayar balik pagi esoknya. Pagi esoknya....Tengahari esoknya...Petang esoknya..Malam esoknya....Dan hari esok-esok seterusnya.... Zul tak muncul-muncul dan memberi alasan sibuk.
Sampai berminggu-minggu Zul diam seribu bahasa. Sms Siti tidak diendahkan Zul. Siti menangis dan tak mampu berkata apa-apa kerana itu adalah duit simpanan dia. Siti masih mengharapkan Zul kembalikan duit tersebut.
Sedihkan kisah kat atas ni. Ini adalah kisah benar yang Nor peroleh dari Siti sendiri. Terima kasih Siti kerana sudi share dan bagi peluang Nor share kepada reader blog. Lumrah manusia ada yang baik dan ada yang jahat. Hanya segelintir yang jahat dan suka menindas yang baik. Dunia kini memandang duit namun kenapa harus kita menindas kaum yang lemah dan mempergunakan kebaikkan orang.
Siti seorang yang baik dan tabah. Semoga dia tabah dan mendapat balik duit tersebut. Walaupun nilai kecik bagi sesetengah orang namun ia cukup banyak bagi Siti yang makan gaji. Bagi diri kita semua perlu lebih berhati-hati walaupun orang itu pernah tolong kita atau baik dengan kita. Hati orang kita tak nampak hitam atau putih walaupun dikepala berkupiah dan bertutup litup. Semoga orang yang menganiayai orang lain akan diberi ganjaran setimpal dan diberi pengajaran.
SIKAP LEBIH BERHATI-HATI perlu ada dalam diri kita walaupun sesama adik-beradik. Berhati-hati sesama kita kerana kita tak tahu siapa yang akan mengkhianati kita atau menindas diri kita. Semoga kisah Siti dapat kita jadikan iktibar...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan