Selamat pagi semua. Ada 8 minit lagi menjelang tengah hari. So kira sekarang still pagi lagi kan. Pagi ni dah rasa penat sebab semalam tidur lambat. Sekarang ni memang tak boleh tidur lambat dah. Buat kali kedua pagi ni pergi pejabat TNB lagi nak setle saluran elektrik homestay. Alhamdulillah dah setle just tunggu dorang datang pasang meter jer. So lambat lah Nor buka kedai hari ni. Orang cakap lambat buka kedai rezeki tak masuk or masuk sedikit je. Iya ke?
Terkejar-kejar dari bandar semata-mata nak buka kedai dan mengejar sesuatu yang amat penting. Apa dia eks? Korang nak tahu ke? Apa yang Nor kejar tu berkenaan AMALAN TAMBAH REZEKI. Semua orang nak rezeki lebihkan. Tapi macam mana nak dapat?
Kena join MLM ke? Kena jual produk sampingan ke? Atau kena buat banyak job?
Banyak cara nak dapat rezeki ni sebab rezeki Allah berada di mana-mana sahaja dan cukup luas. Ada usaha insyaallah akan ada hasilnya. Apa yang penting lakukan kerja yang halal ok.
Mesti korang tertanya-tanya apa AMALAN TAMBAH REZEKI tu?
CUKUP MUDAH DAN CUKUP SENANG. Insyallah korang pasti boleh buat.
Amalan tambah rezeki yang cukup mudah adalah " SOLAT DHUHA"
Rasanya ramai pernah dengar tentang Dhuha ni kan? Korang tahu tak betapa besar nikmat dan banyak manfaat solat dhuha ini.
Solat dhuha hanya dua rakaat dan ditunaikan antara pukul 8.00 pagi sehingga pukul 11.00 pagi. Itu istimewanya Dhua. Waktu matahari naik sehingga matahari condong. Tapi time apa yang menyedihkan tu ramai yang berkejar nak isi perut kan? Apa salahnya korang luangkan masa 5 or 10 minit untuk solat Dhuha ni.
Kelebihan Dhuha
1) Ia merupakan satu sedekah yang mudah di waktu pagi.
2) Allah memberikan rezeki yang cukup setiap hari dan menolak kepapaan.
3) Dapat pahala seperti kerjakan haji atau umrah.
4) Diampuni dosa-dosa.
Antara doa yang korang boleh baca selepas solat Dhuha seperti kat atas ni. Atau korang boleh karang doa korang sendiri tapi dinasihatkan janganlah korang mohon untuk cepat kaya semata-mata.

Pohonlah untuk diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan harian serta diturunkan rezeki dari langit dan jauhi dari kepapaan. Juga pohonlah untuk untuk mendapat kekayaan kerohanian untuk bekalan akhirat kelak.
Segala harta yang kita dapat di dunia tidak akan kekal lama dan tidak akan dibawa bersama apabila kita mati nanti. So renungkanlah ya dan jangan lupa amalkan DHUHA dengan ikhlas hati. Insyaallah akan ada ganjaran untuk korang.
Alhamdulillah Nor amalkan setiap hari dan bersyukur dengan pemberian Allah setiap hari. Ok nantikan entry seterusnya Nor akan share AMALAN TAMBAH REZEKI KEDUA. Jumpa lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan