Isnin, 28 Mei 2012

ROS MENTARI

Mawar : Ros kenapa ko menangis?

Ros diam dan terus mengalirkan air mata.

Mawar : Aku tahu ko mesti ada masalah. Kalau tak, takkan ko nangis sampai bengkak mata camni. Ko ceritalah dengan aku Ros. 

Ros : Emm... Aku..Aku...(bahu terhenjut-henjut berjuraian air mata). Aku rindukan dia mawar.


Mawar : Ya Allah Ros tak kan sampai camni ko nangis sebab dia. Dia kan dah tinggalkan ko. Atau dia contact ko?


Ros : Emm..errr


Mawar : Betul?


Ros : Dia call aku tadi. Dia cakap dia rindukan aku... Aku pun rindukan dia sangat-sangat. Tapi apakan daya aku.


Mawar : Sabar Ros. Emm.. Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi. Tapi aku tak faham kenapa ko boleh nangis teruk cmni. Selama ni pun ko selalu rindu dia tapi tak pernah sampai camni.


Ros : Entahlah Mawar... Aku tak boleh hidup tanpa dia. Dia satu-satunya lelaki yang aku sayang dan cinta. Dia lain dari yang lain.


Mawar : Emmm...

Mawar cuba sabarkan Ros yang masih menangis. Mawar hanya mampu membiarkan Ros menangis sepuas-puasnya malam ini.

Malam itu Mawar menemani Ros sehingga keduanya tertidur. Esoknya...

Ros : Mawar....


Mawar : Ye Ros kenapa? Ko sedih lagi ya... Sabar ya.. Aku tahu ko kuat semangat.


Ros : Emm... Dia dah nak tunang Mawar..


Mawar : Apa?! Dia bagitahu ko ke?


Ros : Emm...


Mawar : Aku dah agak mesti dia buat something yang buat hati ko terluka. Bila dia nak tunang?


Ros : Lepas raya nanti.


Mawar : Kenapa dia boleh inform kat ko pasal ni ha? Sengaja nak sakitkan hati ko ke? Aku geram betol dengan dia tu. (Marah Mawar)

Ros mula mengangis lagi...

Ros : Aku tak tahu Mawar. Tapi dia cakap dia sayang aku lagi.


Mawar : Sudahlah Ros. Kalau dia sayang kat ko takkan nak tunang dengan orang lain pulak. cuba ko fikir baik-baik. Dahlah nak tunang pastu boleh bagitau ko pulak. Saja nak sakitkan hati ko lah tu.


Ros : Entahlah Mawar....

Keadaan sunyi lagi suram seketika.

Mawar : Camnilah Ros. Aku memang tak mampu fahami sepenuhnya jiwa ko sekarang tapi aku tahu ko sedih sangat. Aku nasihatkan ko lepaskan dia pergi dengan baik.. Tapi aku tak suruh ko benci dia.


Ros : Emm.. Aku sayang dia dan tak boleh hidup tanpa dia...


Mawar : Ko boleh terima dia bertunang?


Ros : Itu pilihan dia.


Mawar : So? 


Ros : Aku tahu kami dah break tapi dia still contact aku dan selalu luah perasaan kat aku.


Mawar :Emmm.. Tu masalah sebenarnya.

Mawar cuba mencari ayat untuk menasihati temannya yang sedang berduka agar hatinya tak parah.

Mawar : Ros.. Kalau dia sayang kat ko.. Dia tak tinggalkan ko dan takkan bertunang dengan perempuan lain. Mybe betul dia still sayang ko sebab ko pernah ada dalam hati dia tapi sekarang mybe tak lagi. Ko bukan pilihan hati dia untuk dijadikan teman hidup dia. Ko kena faham dan terima hakikat.

Ros hanya terdiam dan terus menangis. Air matanya terus-terusan keluar membasahi pipi. Sepanjang malam Ros tidak dapat melelapkan mata. Fikirannya terus melayang dan dia terus hanyut dengan perasaan sendiri.


" Maybe betul apa yang Mawar cakapkan." Desis hati Ros.


"Aku sayang sangat kat dia tapi kenapa dia sanggup buat aku camni? Apa kurangnya aku? Emmm ya aku tak cantik macam perempuan tu, aku tak ada ijazah macam perempuan tu, aku tak kaya macam perempuan tu dan boleh kata aku kurang dari perempuan tu. Aku tak boleh hidup tanpa dia. Aku rindu dia...Papa...." Hati Ros dan fikirannya bergerak seiring meluah rasa terbuku.


Tit...Tit...Tit...


"Salam ibu... Dah tidur ke?"


Ros tersenyum dalam tangisan. Jemarinya pantas membalas kiriman sms yang diterimanya.


"Wassalam.. Belum lagi."


"Ibu buat apa tu tak tidur lagi ni. Dah lewat ni"


"Emm tak ada apa-apa."


"Jangan tipu papa.. Ibu menangis ya sayang"


"Emmm..."


"Kenapa ni.."


"Ibu rindukan papa..."


"Emm..Papa pun rindukan ibu. Papa sayangkan ibu. Papa tak boleh ibu tak ada...Tapi..."


"Tak apalah papa. Ibu faham... Emm"


Ros dan Mentari terus berbalas sms sehingga lewat pagi.


Beberapa bulan kemudian Mentari selamat ditunangkan dengan pilihan hatinya. Ros kian bersedih dan selalu menangis. 


Mawar : Ros sabarlah. Ko kena kuat dan belajar terima hakikat.


Hari terus berlalu dan Ros hidup dalam kepura-puraan. Dia tidak lagi murung dan menangis dihadapan orang terutama Mawar. Namun hatinya masih pilu dan masih menanti penuh harapan walaupun dia sedia maklum tiada peluang dan ruang untuknya lagi. Bagi Ros, Mentari adalah segalanya buat dia.


Walaupun sudah menjadi tunangan orang namun Mentari masih menghubungi Ros. 


Sekian....


Karya : nor - http://celotehciknor.blogspot.com/
....................................................................................................................................................................
p/s : Hati wanita cukup lemah dan mudah terpujuk. Tapi lelaki tidak harus mempermainkan hati wanita sekiranya sudah ada pilihan hati. Wanita sentiasa mengharapkan lelaki yang amat dia sayang walaupun dia tahu lelaki itu bukan lagi miliknya. Lelaki pula haruslah melepaskan wanita yang pernah dicintai dengan baik dan tidak perlu bermuka-muka dengan mengatakan sayang dan rindu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan