Sabtu, 14 April 2012

AKU YANG TERPILIH KENAPA HARUS PERTIKAIKAN???


Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Apa yang kita alami ada susur berduri yang kadangkala sukar untuk kita harungi. Ada yang gentar dan tewas di tengah jalan dan ada yang masih mampu untuk teruskan hingga saat akhir.

Apa yang aku merepek panas terik ni..Dah la panas perut pulak seronok dam dum dam dum berjoget. hahahaha.. Jam menunjukkan pukul 14.11 senang cerita pukul 2.11 petang atau p.m.. Belum solat lagi ni macam mana nak jadi wanita solehah ni kan kan kan. Masyaallah teruknya aku ni...

Berhenti seketika untuk tunaikan solat zuhur....

2.30 p.m...Usai solat..

Alhamdulillah dah pun selesai tanggungjawab pada Dia... Amin...

Entry kali ni Nor nak bahasakan diri as "aku" coz ia lebih kepada luahan hati yang rasa nak meletup sekarang ni. So sesiapa yang terbaca entry ni harap maaf ya kalau rasa kasar sangat. Mohon MAAF ye abang-abang,kakak-kakak dan adik-adik..heheheh senyum sokmo deh.. :)


Apa yang aku nak luahkan ni berkenaan AKU YANG TERPILIH KENAPA HARUS PERTIKAIKAN??? Macam tajuk entry kali ni. Bukan permintaan aku dan bukan niat aku untuk nak dan dapat semua ini. Tapi jika ia memang suratan takdir aku harus menerima dan redha walaupun amat berat untuk aku pikul. Orang cakap cukup mudah dan yang dengki pun cukup ramai kerana tak fikirkan apa yang aku perlu laksanakan.

Baru nak luah perasaan makcik datang jual ubat pulak. Kacau je la makcik ni. Hilang selera nak menaip. Ambil mood balik kejap.. Tarik nafas...Hembus..aaaaaahhhhh..

Aku dah agak semua ini akan berlaku tapi aku tak sangka teruk macam ni. Kenapa aku yang terpilih?? Kenapa tak orang lain.  Amanah arwah abah untuk aku memang berat dan ma sendiri pun bagi amanah sama kepada aku walaupun ma ada lagi. Aku tak pernah minta pun dan amanah tu memang amat berat. Tapi apa harus lakukan jika itu kepercayaan mereka pada aku. Bukan aku yang sogok atau merasuah. Namun aku terkilan ada yang menuduh aku bolot semua harta dan menuduh aku berlagak. Tapi 'AMANAH' yang abah tinggalkan tiada siapa endahkan kerana tiada hitam putih.

Namun aku pegang dan selalu berdoa aku dapat tunaikan amanah tersebut dengan sabar. Keadaan makin hangat sekarang dengan macam-macam ragam. Aku kah yang bersalah? Abah..Kenapa pilih aku untuk pikul amanah ini?? Ya Allah ampuni aku kerana aku bersungut dengan ketentuanMU ini. Aku harus lebih kuat sekarang kerana ini permulaan bagi segalanya. Akan datang masih banyak ranjau yang akan menujah aku.

Apa jua halangan dan dugaan yang mendatang aku yakin Allah bersamaku dan aku harap restu abah jua tetap bersamaku. Harta hanya bahan perhiasan dunia dan akan lenyap sekelip mata sahaja. 
Aku hanya ingin nasihatkan pada diri aku agar lebih kuat dan lebih sabar jangan lemah kerana amanah abah lebih berharga daripada harta yang ditinggalkan... Sempat aku karangkan sajak ke apa entah yang terlintas dibenak aku sekarang ni...

Ku tak punya apa-apa didunia,
Ku tak minta apa darimu,
Namun aku kini yang terpilih,
Memegang amanahmu itu,
Bukan ku menolak kepercayaanmu,
Namun lihatlah kini apa yang ku alami,
Saban waktu ada sahaja,
Saban hari menindas aku,
Aku tak tewas cuma aku penat,
Mampukah aku menjaga amanahmu?
Aku takut jika aku tewas,
Aku tak ada kuasa mahupun hak,
Azali aku hanya wanita cukup lemah,
Namun AMANAHMU,
Aku akan pertahankan demimu,
Ya Allah bantulah hambaMu ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan