Isnin, 11 Jun 2012

APA CITA-CITA AWAK?


Hari ini Nor berkesempatan nak share dengan korang semua topik niaga atau bisness ni. Rasanya ramai kot yang minat nak berniaga tapi tak tahu macam mana kan. Masa sekolah rendah dulu kalau cikgu baru mesti akan tanya APA CITA--CITA AWAK? Korang pun mesti ada pengalaman kan. So apa cita-cita korang masa sekolah rendah dulu?
Dari zaman sekolah dulu lagi cita-cita nor nak jadi bisnesswoman. Tapi sebelum turn Nor nak menjawab soalan cikgu tadi.... Ada yang jawab nak jadi polis la, nak jadi doktor la tapi paling ramai nak jadi cikgu. Masa tu kecik lagi kan dan fikiran pun belum matang. Sampai ja turn spontan jawab " Cita-cita saya nak menjadi cikgu". Iyalah dah tak ada sorang nak jadi peniaga rasa malu jugak nak jawab so ikut orang jela....hehehehe
Tapi tak sangka cita-cita tu kini menjadi kenyataan. Syukur alhamdulillah..... :-) Nor suka berniaga. Dari kecik lagi sudah belajar berniaga.

@@Zaman sekolah rendah ~~~~~~~~~>

Korang suka asam boi tak? Ha itulah jadi bahan jualan masa kecik-kecik dulu. Beli asam boi banyak-banyak then buat aiskrim kampung. Best kan. Rasa masam manis gitu. Time tu jual 10 sen satu. Bukan aiskrim asam boi jer ada lagi perisa lain macam milo, sirap bandung laici dan jagung. Tapi paling laris asam boi. Market customer hanya orang kampung sekeliling rumah jer dan abang-abang yang bermain badminton belakang rumah. Darjah 4 pulak dipertangungjawab jaga koperasi sekolah. Masa ni mencabar sikit lah nak kena layan macam-macam kerenah customer dan barang jualan pun banyak. 


 Tak abis macam tu jer tau....

@@Zaman sekolah menengah~~~~~~~~~>

Lepas SPM banyak berniaga sekejap-sekejap dan bertukar ganti. First, buka bangsal kecik kat depan rumah tok. Sekadar meja dan kerusi jer.. Mula berniaga air. Ada air kelapa air nenas dan air jagung. Jambu pun ada dan tak lupa aiskrim kampung. Market budak sekolah lah yang lalu lalang.


Beberapa lama kemudian bangsal tu tutup then bina bangsal khemah kat tanah abah. Mula berniaga ABC dengan keropok. Time ni memang seronok lah. Customer tak putus-putus dan tak menang tangan melayan. Pengalaman baru. Stop berniaga sebab dapat tawaran ke MATRIKS. Sedih jugak tapi belajar tu penting.


@@Zaman Tamat Matrik~~~~~~~~~>

Minat punya pasal lepas study kat KMKN terus kembali berniaga. Hehehe.. Time ni berniaga makan pagi. Buat nasi lemak dan kuih. Tapi sekejap jer sebab.... Masuk UNIVERSITI la pulak.


@@Zaman kat Universiti~~~~~~~~~>

Start sem dua dah fikir bisness. Emm apa ya... Fikir punya fikir. Jeng..jeng..jeng bisness printing. YES!!! Market sudah semestinya mahasiswa dan mahasiswi kan. Time tu tak ramai yang pakai komputer dan printer so peluang keemasan harus digunakan. Hehehe. Seronokgak bisness printing tapi banyak cobaannya.. Antara cobaan-cobaannya >>>>>>
    
     1) Komputer masuk virus bila masuk pendrive cistomer
     2) Pukul 1 pagi orang ketuk pintu bilik dan print
     3) Tengah banyak assigment tu lah orang berpusu nak print
     4) Print banyak tapi nak harga murah pastu komen tak elok pulak
     5) Ink habis time customer datang

Tu lah antara cobaan yang membuatkan Nor tak putus asa dan terus minat untuk berniaga. Bisness ni go on sampai last sem. Sem 3 selit dengan bisness kain pasang dan tudung bawal tapi cukup memeningkan sebab orang tak bayar so bisness kain ni dihentikan serta merta.

Dah abis study dan grad terus dapat kerja. Kerja sebagai guru ganti. Dua tahun jadi guru ganti menganggur pun tak lama. Dapat tawaran as designer kat syarikat swasta. So kerjalah dan dari situ timbul minat berniaga balik. Tapi berniaga yang relate dengan bidang masa study kat U dulu. MULTIMEDIA... Minat design dan bergabung dengan bisness. Wow!!!!

Time kerja dah start bisness ni secara kecilan dan senyap-senyap. Hehehe.. Yelah bos tahu naya la wei... Bila job senyap-senyap menimbun dan selalu stay up sampai lewat pagi timbul rasa nak stop kerja. Lagipun as designer dan kuli orang banyak bebanan. Gaji tak payah cakaplah kan. Tapi apa yang syok masa kerja tu Nor diberi mandat besar la. Konon orang kepercayaan bos lah. Huhuhu.. So banyak ilmu yang dipelajari dari segi selok belok bisness advertising. Semangat nak stop makin berkobar-kobar. Setahun kerja then hantar notis resign. YAHOOO MERDEKA!!! hahahaha... Merdeka dari didera mental dan fizikal. Yelah orang kepercayaan bos ni bukan setakat jadi designer tapi kena jadi kerani, penjaga mesin, khidmat nasihat bos dan kena jadi cikgu untuk designer baru. Senang cakap kalau Nor ada dalam ofis tu.. bos tak masuk ofis pun takpe... 

Dan kini............

Nor menjadi pengurus untuk perniagaan arwah abah. Lepas stop kerja tu sebulan kemudian Nor mulakan perniagaan runcit dengan arwah abah. Kedai runcit ni special sebab....Kan dari awal Nor dah cakap nak relate bisness dengan bidang Nor ambil kat U kan. So bisness design advertising tetap diteruskan dalam kedai ni. So abah pengurus kedai rincit dan Nor pengurus advertising. Itu masa abah masih ada... Tapi kini... Kedua-dua jawatan tu Nor telah ambil alih. 


Syukur sangat-sangat kerana impian dan cita-cita Nor menjadi kenyataan kini. Minat dan impian ni tetap sebati dalam diri Nor. Orang suruh cari kerja lain tapi SORRY. Kenapa nak mencari sedangkan impian telah menjadi realiti kan???

Nasihat Nor untuk korang yang minat berniaga. Teruskan dan jangan putus asa. Orang yang berani tanggung risiko adalah orang yang layak berniaga. Kalau tak berani jangan sesekali berniaga ok. Teruskan jadi kuli.... 

Sekian dulu nanti sambung ok..papa...